Moderator TikTok dera anak monyet sampai mati, ditahan polis

March 06, 2023

The Reporter



Polis menahan seorang moderator kanduangan aplikasi TikTok kerana disyaki mendera anak monyet sehingga mati dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini. 


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 11.25 pagi pada 20 Januari lalu. 


Bertindak di atas maklumat, polis telah menyerbu kediaman suspek berusia 37 tahun di Setia Alam dan menemui beberapa perkakasan dan peralatan serta sebuah telefon bimbit yang mengandung gambar anak monyet yang didera. 


Suspek telah dirakam keterangan dan tidak ditahan, namun polis merampas telefon bimbitnya untuk siasatan lanjut. 


Polis tidak menolak kemungkinan suspek berbuat demikian untuk mendapatkan wang melalui aplikasi tersebut. 


Selain suspek, polis telah memanggil empat saksi lain untuk memberi keterangan dan kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat Perundangan Negeri Selangor dan diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian pada 2 dan 22 Februari lalu. 


Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015. 


Sumber: Kosmo! Online



March 06, 2023 at 01:29PM

Previous
Next Post »
0 Komentar