The Reporter
"Saya tak pernah beli pun produk China di Facebook," demikian kata Akma Omar yang terkejut apabila dia dipaksa oleh pihak kurier membuat bayaran sebanyak RM268 bagi produk yang tidak dibelinya secara online.
Menurut Akma, dia tidak menolak kemungkinan data peribadinya seperti nama, nombor telefon dan alamat rumah yang pernah digunakan untuk membuat pendaftaran di web jualan secara talian telah dijual kepada pihak ketiga dan disalahgunakan.
"Ini namanya Forced Seller cuba nasib dengan taktik kotor terbaru. Mana entah mereka dapat details nama, alamat aku dan main hantar saja courier. Lepas itu suruh aku bayar RM268 untuk dua Whitening Spot Removing Cream, sedangkan aku tak pernah order online, bayar Cash on Delivery (COD).
"Pada awalnya budak courier itu kata, "Macam mana pun, akak kena bayar juga kak.", Naik anginlah aku. Keras aku jawab, "Pasal apa pulak aku kena bayar sedangkan aku tak order? Produk dari mana ni?".
"Depan-depan dia aku snap gambar dan kata, "Kau pulangkan balik. Scam ni. Ingat aku bodoh, suka-suka hantar barang dan suruh orang bayar?!"
"Berhati-hatilah semua kalau terkena kejadian seperti ini. Courier itu kata, kalau courier macam ini semua seller dari Facebook. Sebab banyak dah dia hantar, penerima kata tak order tetapi buta-buta saja bayar juga sebab barang atas nama kita.
"20 parcel dia rancom hantar tak mustahil 4-5 penerima yang akan bayar saja. Untung, kan?
"Pandai diorang. Tak perasan 'pre-sales' yang dinyatakan pada slip dalam tulisan kecil itu. Kalau orang tak tahu dan fokus pada harga yang dicetak dengan font besar, memang bayar sajalah," katanya.
Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan tidak menyalurkan maklumat peribadi kepada mana-mana laman web yang meragukan bagi mengelakkan kerugian wang ratusan ringgit.
November 17, 2017 at 08:10AM
0 Komentar