The Reporter
Ramai di kalangan kita punya hati yang baik membantu rakan atau kenalan yang berada dalam kesusahan dan perkara sebegini selalunya melibatkan wang dan janji.
Saat awal meminjam, mulut manis berkata-kata dan menegaskan dirinya akan membayar mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh si peminjam itu sendiri. Tetapi hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan, hutang masih belum dibayar.
Apabila si pemberi hutang cuba menuntut kembali wangnya, pelbagai alasan yang diberi kononnya belum gaji.
Jika beginilah perangai orang yang meminjam, jangan kan kenalan, pihak bank pun tak akan luluskan pinjaman sebab tiadanya disiplin diri dalam membayar hutang.
Itulah nasib yang diterima oleh si pemberi hutang ini yang sudah lama menunggu. Bila dituntut, hanya 'bluetick' yang kelihatan.
Si peminjam sebelum itu kata dalam kesempitan, tetapi tiba-tiba berkemampuan pula travel ke Krabi Thailand. Cakap tak serupa bikin.
Elakkan meminjam wang kepada kenalan anda yang berperangai seperti ini yang hanya pandai mempergunakan orang untuk kesenangan diri.
Sumber: Twitter
March 13, 2019 at 07:52AM
0 Komentar