The Reporter
Selasa lalu, MalaysiaKini melaporkan calon Barisan Nasional, Wee Jeck Seng, di PRK Tanjung Piai, kerap mengulang-ulang ungkapan 'Alhamdulillah' dan 'Insya-Allah' bagi menawan jiwa pendengar Melayu dalam setiap ceramahnya.
Antara kata-kata Ketua MCA Tanjung Piai itu yang mengundang tepukan gemuruh dan sorakan pengundi ialah:
- "Jika Wee Jeck Seng menang, insya-Allah saya akan bantu rakyat di Tanjung Piai."
- "Alhamdulillah, syukur kerana saya diberi peluang untuk berucap."
Menurut MalaysiaKini, itulah modal Wee sepanjang tempoh berkempen bagi menarik seramai mungkin sokongan pengundi selain dari menceritakan beberapa jasanya yang sempat ditabur sewaktu dia menjadi ahli parlimen Tanjung Piai.
Antaranya, beliau membantu menerbangkan 10 warga emas terpilih untuk mengerjakan umrah dan jumlah itu akan bertambah sekiranya dia kembali mendapat mandat dari pengundi di kawasan itu.
Bagaimanapun, dalam laporan MalaysiaKini pada hari ini melaporkan, calon BN itu memuat naik kenyataan di Facebooknya dalam bahasa mandarin yang merayu agar pengundi menolak perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yan didakwanya rasis.
Dalam catatan itu Wee berkata, langkah mengundi PH adalah bermakna bersetuju dengan perlaksanaan Jawi di sekolah dan menyokong Himpunan Maruah Melayu.
"Keputusan PRK ini tidak dapat mengubah kerajaan, tetapi ia adalah penting dalam menilai prestasi Mahathir. Adakah kita nak khat Jawi? Adakah kita nak Himpunan Maruah Melayu? Adakah kita nak DAP terus berdiam diri?
"Sila pangkah undi anda untuk menolak Mahathir dan Bersatu rasisme," tulisnya.
REAKSI NETIZEN
Sumber: MalaysiaKini |
Ia melibatkan pertandingan enam penjuru antara calon Wee, calon PH Karmaine Sardini; calon Gerakan Wendy Subramaniam; Presiden Berjasa Dr Badrulhisham Abdul Aziz serta dua calon bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.
Sumber MalaysiaKini:
- Alhamdulillah, insya-Allah di lidah Wee ke hati pengundi
- Adakah kita nak Jawi? Tolak Dr M yang rasis, kata calon MCA
November 14, 2019 at 08:52AM
0 Komentar