The Reporter
Pelakon terkenal Hollywood, Sylvester Stallone, 71, didakwa melakukan serangan seksual terhadap remaja perempuan yang juga peminatnya berusia 16 tahun ketika menjalani penggambaran filem Over the Top di Las Vegas pada tahun 1986, menurut laporan polis yang didedahkan secara eksklusif oleh Daily Mail.
Sylvester yang ketika itu berusia 40 tahun, bertemu dengan remaja berkenaan di hotel Hilton di mana pengawal peribadi memberinya kunci bilik pelakon berkenaan.
Difahamkan remaja itu tinggal di hotel itu bersama keluarga kawannya selama 10 hari dari 18 Julai hingga 28 Julai dan berkenalan dengan Slyvester pada 23 Julai selepas diperkenalkan oleh pelakon David Mendenhall yang berlakon sebagai anak Sylvester dalam filem tersebut.
Sylvester didakwa melakukan hubungan seks dan memberitahu remaja itu yang dia 'agak ketat' sebelum bertanya sama ada remaja itu pernah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki dalam masa yang sama.
Menurut mangsa, dia dan Sylvester bukan benar-benar melakukan hubungan seks kerana pelakon itu hanya memasukkan 'sedikit' ke dalamnya dan kekal di situ beberapa minit sahaja.
Mangsa mendakwa, pengawal peribadi Sylvester, Michael 'Mike' De Luca, menunggu di dalam bilik air ketika itu sebelum Sylvester membawanya keluar dan memaksa mangsa melakukan oral seks pada dirinya.
Selepas melakukan oral seks, De Luca mengadakan hubungan seks dengannya dan dalam masa yang sama mangsa melakukan oral seks pada Sylvester.
Dalam keterangan kepada polis, mangsa mengakui dia kurang selesa apabila De Luca menyertai mereka dalam bilik itu, namun dia tidak mempunyai pilihan yang lain untuk meneruskan.
Selepas kejadian itu, mangsa mendakwa Sylvester memberi amaran kepadanya agar tidak mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa kerana mereka berdua sudah berkahwin dan jika dia mendedahkan, mereka akan memukul kepalanya.
Polis berkata, mangsa mengambil keputusan untuk tidak mendakwa kedua-dua lelaki berkenaan kerana dia takut dan malu.
Pada 2013, De Luca, 27, dilaporkan telah mati ditembak Polis California.
Sementara itu di media sosial, netizen menjangkakan kes ini akan menamatkan kerjaya Sylvester Stallone.
November 17, 2017 at 09:18AM
0 Komentar