(Video) Driver Lexus rempuh 6 kenderaan disahkan positif ganja

March 06, 2023

The Reporter



Tular di media sosial Sabtu lalu video sebuah kereta jenis Lexus dipandu dengan laju sebelum melanggar enam buah kenderaan lain dalam kejadian di Lebuhraya Bukit Jalil. 


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10.30 pagi di mana pemandu Lexus hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar enam kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. 


Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan hanya beberapa buah kenderaan mengalami kerosakkan. 


Dalam video yang tular di media sosial itu menunjukkan, pemandu Lexus berjaya keluar dari kenderaan tetapi kelakuannya tidak normal mengundang rasa curiga orang awam di lokasi kejadian. 



Suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk menjalani ujian saringan air kencing. Keputusan ujian mendapati, suspek positif dadah jenis ganja. 


Suspek ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM15,000 atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Bernama



March 06, 2023 at 12:47PM

Previous
Next Post »
0 Komentar