PAS akui PN sedang merancang untuk 'jatuhkan' Kerajaan Perpaduan & tiada sesiapa yang boleh menghalang

March 06, 2023

The Reporter



Astro Awani melaporkan Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya mengakui Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha 'menjatuhkan' Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Abdul Hadi berkata, perkara itu boleh dilakukan dan tiada mana-mana pihak yang boleh menghalang PN untuk menumbangkan kerajaan jika mengikut sistem demokrasi negara di mana keadaan itu biasa berlaku dalam politik, termasuk melalui undi tidak percaya atau mendapatkan Surat Akuan Berkanun (SD). 


"Penyokong kerajaan berpaling tadah, biasa berlakulah dan kita melihat ada tanda-tanda yang menunjukkan kerajaan campuran yang ada ini, perasaan tidak puas hati sesama komponen dia sendiri, itu ada berlaku. 


"Dengan sebab itu sesuatu tak mustahil berlaku. Dalam negara demokrasi dibolehkan," katanya. 


Timbalan Pengerusi PN itu juga mengakui usaha merampas kerajaan bukan sahaja boleh dilakukan melalui Pilihan Raya Umum, tetapi termasuk melalui Parlimen. 


Terdahulu, Abdul Hadi meramalkan Kerajaan Perpaduan akan tumbang tidak lama lagi. Baca: Hadi Awang ramal Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim akan tumbang dalam masa terdekat


Wartawan kemudian bertanya tidakkah percubaan menjatuhkan kerajaan itu bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kestabilan. Abdul Hadi berkata, kenyataan Agong itu tidak boleh dijadikan sebagai kata putus yang menghalang untuk adanya perubahan dalam negara demokrasi. 


"Mengikut Raja Berpelembagaan, (kedudukan) Raja di bawah Perlembagaan. Perlembagaan kita masih menjunjung demokrasi dan ia tak bercanggah," jelasnya. 


Sumber: Astro Awani



March 06, 2023 at 01:48PM

Previous
Next Post »
0 Komentar