(Video) 'Terpaling penagih, semua dadah dia sapu' - 2 lelaki terbabit dalam kemalangan disahkan positif 5 jenis dadah

March 04, 2023

The Reporter



Jumaat lalu, video dua individu tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Ipoh Batu 5, tular di media sosial. 


Menurut sumber, dua lelaki berkenaan yang merupakan warga tempatan dikatakan terbabit dalam kemalangan yang berlaku pada jam 12.20 tengah hari yang melibatkan tiga kenderaan.



Bagaimanapun, siasatan polis mendapati kedua-dua lelaki itu berada dalam keadaan di bawah pengaruh dadah di mana pemandunya terlelap ketika memandu. 


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, Nissan Sentra yang dipandu lelaki itu melanggar bahagian belakang lori di hadapannya menyebabkan lori itu bergerak ke hadapan lalu melanggar penunggang motosikal di lorong yang sama.


Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Tetapi keadaan dua lelaki dalam kereta Nissan Sentra itu amat mencurigakan lalu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk menjalani ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. 


Keputusan menunjukkan kedua-dua suspek berusia 25 dan 32 tahun itu positif dadah jenis methamphetamin, ketamin, eramin 5, amphetamin dan ganja. 


Susulan itu, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut. 


Sumber: Siaran Media Ketua Polis Daerah Sentul, 5 Mac 2023



March 05, 2023 at 02:35AM

Previous
Next Post »
0 Komentar