'Tak salah ahli politik beri kuliah atau ceramah agama di masjid' - Presiden PAS tetap teruskan ceramah di masjid/surau walaupun larangan telah dikeluarkan oleh MAIDAM

March 04, 2023

The Reporter



Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu, Shaikh Harun Shaikh Ismail seemalam berkata, orang politik dilarang menyalahgunakan masjid dan surau untuk tujuan politik kepartian. 


Larangan itu dikeluarkan ekoran Sultan Terengganu berdukacita apabila mendapati ada ahli politik tertentu mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa. 


Bagaimanapun bagi Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, larangan itu bukanlah perkara baru. Sebaliknya hanya mengulangi arahan lama yang digunapakai sejak tahun 60-an lagi dan PAS sudah melaluinya. 


Malah Abdul Hadi menjelaskan dia akan tetap meneruskan aktiviti ceramah dan khutbahnya di masjid dan surau negeri itu seperti biasa kerana bukan satu kesalahan untuk ahli politik memberi kuliah atau ceramah agama di tempat ibadat umat Islam. 


"Kita kena sedar dalam Islam, politik dan agama tak boleh dipisahkan. Nabi SAW pun cakap politik dalam khutbah. 


"Kita bercakap tentang Islam dan dalam politik ada Islam, maka politik Islamlah. Tak jadi salah dan wajib untuk kita bercakap. 


"Benda yang tak betul, kita kena tegur. Sama ada hal ehwal ekonomi, politik atau apa ke, yang salah wajib untuk orang Islam tegur. Termasuk amar makruf dan nahi mungkar," tegasnya. 


Sumber: MalaysiaKini



March 04, 2023 at 02:19PM

Previous
Next Post »
0 Komentar