'Surat pemecatan dihantar melalui WhatsApp' - Tun Faisal dipecat dari UMNO kerana...

January 31, 2023

The Reporter



Timbalan Keta UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz telah dipecat selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bermesyuarat pada Jumaat lalu. 


Perkara itu disahkan oleh Faisal sendiri melalui hantaran di Facebooknya semalam seperti mana yang dimaklumkan dalam surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, bertarikh 27 Januari. 


MKT mengambil keputusan untuk memecat Faisal kerana didapati melanggar lima perkara yang terkandung dalam Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO iaitu, patuh kepada perlembagaan dan kod etika parti, patuh arahan parti, melaksanakan dasar parti, menghormati keputusan parti, menjaga imej dan maruah parti. 


Sebelum ini juga, Faisal dikesan kerap kali mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan UMNO secara terbuka di Facebook portal berita yang dilihat bercanggah dengan lima perkara tersebut. 


Bagaimanapun, Faisal mendakwa lembaga disiplin UMNO gagal membuktikan dia bersalah kerana dakwaan memfitnah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berhubung surat sokongan kepada Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. 


Bagi Faisal, individu yang sepatutnya dipecat adalah Zahid yang menurutnya telah mengkhianati dasar parti, termasuk 13 lagi pemimpin UJMNO yang turut menandatangani akaun bersumpah menyokong Anwar sebagai perdana menteri ke-10. 


Faisal tidak berhasrat mengemukakan rayuan kerana sedar Zahid tidak terbuka untuk menerima kritikan walaupun dia mendakwa dirinya bercakap benar. 


Sumber: MalaysiaKini



February 01, 2023 at 05:51AM

Previous
Next Post »
0 Komentar