The Reporter
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berpendapat, pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah diperlukan dalam membantu menghapuskan hutang negara yang diwarisi daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bekas menteri sumber manusia itu berkata, hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan PN adalah besar iaitu sebanyak RM1.5 trillon dan disebabkan bantuan daripada semua pihak adalah amat diperlukan bagi menghapuskan hutang tersebut yang disifatkan sebagai bencana kepada negara.
Jelas Kulasegaran, rakyat sepatutnya memberi sokongan penuh terhadap sebarang langkah yang diambil oleh kerajaan.
"Kerajaan PN telah meninggalkan kita dengan hutang negara sebanyak RM1.5 trilion. Itu sangat besar dan kami memerlukan semua bantuan yang kami dapat.
"Nurul Izzah melakukan ini tanpa sebarang gaji, marilah kita menyokong kerajaan dalam menghapuskan bencana yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu," katanya menerusi ciapan di Twitter, baru-baru ini.
Pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi kepada Perdana Menteri sejak 3 Januari lalu mengundang pelbagai reaksi negatif dan melabelkan Anwar mengamalkan amalan nepotisme, sedangkan beliau sebelum ini begitu tegas menolak amalan itu semasa berada di blok pembangkang.
Sumber: Malaysia Gazette
February 01, 2023 at 06:29AM
0 Komentar