90% lelaki Pulau Pinang adalah kacak, setia & penyayang

October 06, 2022

The Reporter

Foto hiasan


Sejak kelmarin, netizen terpaksa bekerja lebih masa di media sosial 'tanpa bayaran susulan timbul dakwaan mengatakan 90 peratus lelaki yang berasal dari Pulau Pinang adalah kacak, setia dan penyayang. 


Menurut pengendali Facebook Penang Press yang memuat naik kenyataan 'panas' tersebut semasa berada di bawah jambatan Pulau Pinang berkata, mana-mana wanita yang berkahwin dengan lelaki dari negeri itu disifatkan beruntung. 


Tidak diketahui dari mana asasnya kenyataan itu, namun berdasarkan pemerhatian sebanyak 1.3 ribu orang bersetuju, manakala 557 hanya sekadar gelak kerana mudah terhibur. 



Di ruangan komen, pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya bersetuju dan ada yang meluahkan rasa bersalah sekiranya tidak menyukai hantaran itu. 


"Hat nie saya sokong. Masih ramai lagi tak percaya lelaki Pulau Pinang dah ternyata memang setia," kata Adli. 


"Haha! Sunggoh tak bohong aih. Hensem tu biasa, yang luaq biasa tu manjahh kali!" kata Ila Marsila. 


"Tapi paling best orang Pulau Pinang yang dok Kampung Nyior Sebatang lagi la padu-padu, setia sampai tanam," kata Sobri. 


"Betul, setiap kali hantar COD, ramai gadis puji, 'handsomenye abe'," kata Kend. 


Bagaimanapun ada juga yang tidak bersetuju dengan kenyataan itu dan mendakwa hantaran itu hanya sekadar untuk bergurau senda dengan netizen sahaja.


"Tolong check balik min fakta ni. Macam ada yang tak kena ni," kata Latyfa. 


"Tang mana min ambil nie, buat syok sendiri kot," kata Zas. 



October 06, 2022 at 07:29AM

Previous
Next Post »
0 Komentar