The Reporter
Model transgender Thailand, Rachaya Noppakaroon, telah diusir adri Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selepas pasport menunjukkan jantinanya sebagai lelaki.
Difahamkan, Noppakaroon berkunjung ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyertai Ekspo 2020 di mana dia akan muncul dalam acara Muay Thai.
Bagaimanapun, Noppakaroon ditahan pihak imigresen dan disoal siasat selama sembilan jam sebelum diusir pulang ke Thailand walaupun dia memiliki semua dokumen perjalanan yang lengkap.
Menurut Rachaya, pegawai imigresen UAE menolak kemasukkannya ke negara itu kerana Rachaya hidup sebagai wanita tetapi di dalam pasport menyatakan dia berjantina lelaki.
Rachaya menyifatkan insiden itu sebagai pengalaman yang pahit dan mimpi ngeri buatnya di mana dia disuruh duduk menunggu di bilik menunggu lelaki dan diganggu oleh kakitangan lapangan terbang dengan pelbagai soalan bagaimana dia mengubah jantina dan berapa saiz payudaranya.
Noppakaroon cuba membuktikan bahawa dia adalah wanita dengan menunjukkan beberapa klip karyanya tetapi tidak diendahkan dan lelaki itu hanya berminat dengan seks.
Walaupun diasak teruk dalam sesi soal siasat sehingga mengalir air mata, model itu mendakwa dia tetap dinafikan hak dan diusir pulang ke negara asal.
Noppakaroon sedih dan menangis kerana tiak dapat membuat persembahan di ekspo tersebut.
Sumber: Malay Mail
March 24, 2022 at 01:12PM
0 Komentar