The Reporter
Foto Majoriti |
Isu beg sekolah murid sekolah rendah berat, sentiasa dibangkitkan oleh golongan ibu bapa, tetapi isu itu tidak pernah selesai. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengakui isu tersebut belum dapat ditangani sepenuhnya.
Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Dr Mah Hang Soon berkata, berdasarkan penelitian pihaknya mendapati, isu beg berat melibatkan murid Tahun 1, 2 dan 3.
Menurut Hang Soon, KPM telah menjalankan tiga kajian yang kemudian hasil daripada kajian itu terus dilaksanakan.
Antaranya langkah yang telah diambil pada masa ini adalah:
- Menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa
- Melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran setiap hari
- Mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek
- Ketersediaan guru dan sesi persekolahan
- Buku latihan tidak melebihi dua buah bagi setiap subjek
- Membenarkan buku aktiviti yang disediakan KPM
- Penerbitan buku teks baharu dalam format digital
- Pendekatan PdP berpusat
- Jalinan kerjama dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam dari aspek penyelarasan uniform sekolah.
Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa kecewa terhadap KPM yang dilihat membuat kajian tetapi masih tidak menemui punca sebenar masalah beg sekolah berat.
"Tak perlulah guna buku teks lagi kalau buku teks berat mnjadi satu masalah. Gunakanlah tablet seperti Kindle tu," kata FM.
"Yelah, baru beli beg baru untuk anak, tak tahu berapa lama boleh tahan. Cikgu pun bukan nak beritahu nak guna buku apa ka, tak nak guna ka. Murid terpaksa usung semua buku," kata Alieyrina.
"Mana tak berat kalau dah satu subjek ada buku teks, buku latihan, buku tulis pendek, buku tulis panjang, yang diletak dalam beg lain, yang dipegang lain," kata Taka.
Sumber: Malayia Gazette, Forum Cari
March 21, 2022 at 06:10AM
0 Komentar