Hutang terkini Kerajaan Malaysia, RM979.8 bilion - MOF

March 20, 2022

The Reporter



Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah mendedahkan hutang keseluruhan kerajaan sehingga Disember 2021 adalah sebanyak RM979.8 bilion atau 63.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Walau bagamanapun katanya, jumlah hutang itu masih di bawah had 65 peratus KDNK yang ditetapkan dalam Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2021.


Kerajaan pada masa ini katanya, mengguna pakai Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana sebagai panduan dalam menggubal strategi ke arah konsolidasi fiskal jangka sederhana (3-5 tahun) yang selari dengan pelan pembangunan RMK-12. 


Di samping itu, penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dijangka dapat mengukuhkan tadbir urus, ketelusan, pengurusan kewangan awam dan disiplin fiskal. 


Kerajaan juga sedang membangunkan Strategi Hasil Jangka Sederhana dan Semakan Semula Perbelanjaan Awam bagi menambah baik asas hasil dan memastikan kecekapan perbelanjaan kerajaan.


Dengan pelaksanaan langkah-langkah itu dijangka akan dapat mengukuhkan kembali kedudukan kewangan negara bagi memasikan kemampanan fiskal dan kemampuan keberhutangan kerajaan dalam jangka masa sederhana dan panjang.


Sumber: Free Malaysia Today



March 21, 2022 at 05:45AM

Previous
Next Post »
0 Komentar