The Reporter
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri hari ini tampil menafikan semua dakwaan Wani Comel atau nama sebenar, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, yang sebelum itu menuntut Aliff menunaikan semua janji yang ditabur ketika melantiknya sebagai duta produk.
Aliff dalam sidang media yang diadakan pada petang Isnin, 7 November 2020 berkata, dia tidak pernah langsung menaburkan janji-janji manis itu, apatah lagi segala tuntutan Wani itu tiada dinyatakan dalam kontrak yang ditandatangan kedua-dua pihak.
"Saya tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang. Untuk makluman, saya ada mengambil beberapa duta sebelum ini seperti Erra Fazira dan banyak artis lain.
"Tujuan saya pada mulanya hanya untuk membantu dirinya berjalan semula, sekali gus dapat membantu dia untuk menjaga ibunya yang sakit.
"Sebenarnya saya memang tidak pernah menjanjikan kereta, rumah dan sebagainya. Kalau betul ada dalam perjanjian, boleh tuntut di mahkamah," katanya memetik laporan dari mStar Online.
Aliff juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang mengambil kesempatan di atas isu tersebut untuk menjejaskan reputasi diri dan perniagaannya. Pengasas D'Herbs itu memberi amaran kepada pihak berkenaan untuk berhenti atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
Dalam pada itu, Aliff juga mengalu-galukan mana-mana pihak yang mahu mengemukakan saman terhadapnya. Namun Aliff tidak mendedahkan apa tindakan dia yang seterusnya.
Beberapa hari lalu, Wani mendakwa Aliff telah mengeksploitasikan dirinya sebagai duta produk dan menuntut usahawan itu menunaikan janjinya seperti pemberian rumah, kereta dan menanggung kehidupan keluarganya.
Dalam kenyataan itu, Wani menjelaskan dia diabaikan setelah menjalani pembedahan bariatrik, malah laporan kesihatannya turut dipegang oleh pihak sebelah sana menyebabkan dia tidak dapat meneruskan rawatan susulan.
Sebagai respon awal terhadap isu tersebut, Aliff dengan yakinnya membidas semua dakwaan tersebut dan mendedahkan dia mempunyai semua bukti berhubung perkara tersebut.
"Kepada Wani, terima kasih banyak-banyak. Awak nak saman saya? Kerjalah adik Wani sayang oi, dah boleh jalan carilah rezeki. Orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki untuk keluarga. Awak nak harap duit bantuan sampai bila?" kata Aliff.
Sumber: mStar Online
LAPORAN BERKAITAN DENGAN ISU WANI COMEL DAN ALIFF SYUKRI
December 07, 2020 at 11:52AM
0 Komentar