The Reporter
Penemuan mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan mengerikan di Afrika Selatan telah membawa kepada penahanan bapa mangsa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan itu.
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu ditemui tidak bernyawa dengan paku di kepala dan mata serta alat kemaluannya telah dipisahkan dari badan dalam pembunuhan yang mengerikan itu.
Mayat mangsa ditemui di rumah Themba Majozi, 38, di kawasan kejiranan Thembalihle di Estcourt, Afrika Selatan pada 27 November 2020. Majozi kemudian ditahan reman polis untuk siasatan lanjut.
Menurut laporan media tempatan, mangsa dilaporkan hilang pada 27 November 2020 selepas diambil seorang lelaki dari rumah neneknya pada jam 9 pagi. Suspek yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan dikenali oleh nenek mangsa.
Namun, ahli keluarga mangsa mula berasa bimbang setelah kanak-kanak itu tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat petang lalu mula keluar mencarinya.
Jurucakap polis waZulu-Natal, Kapten Nqobile Gwala berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan di kawasan belukar. Pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati terdapat sebatang paku ditusuk di kepala mangsa. Mata dan alat kemaluan mangsa juga telah dikeluarkan.
Polis kini sedang melakukan siasatan terperinci bagi mengetahui bagaimana mangsa hilang dari rumahnya ketika dia berada di bawah jagaan bapanya.
Pesuruhjaya Wilayah KwaZulu-Natal, Leftenan Jeneral Khombinkosi Jula juga mengecam pembunuhan mangsa yang tidak berperikemanusiaan itu. Dia berkata, "Saya gembira kerana suspek berada di dalam penjara dek perbuatan jahatnya itu".
Sumber: Daily Star
December 07, 2020 at 12:13PM
0 Komentar