The Reporter
Kanak-kanak antara golongan yang berisiko untuk terkena jangkitan wabak COVID-19. Oleh sebab itu juga, kanak-kanak tidak digalakkan untuk berkunjung ke tempat-tempat awam dan sesak. Susulan dengan peningkatan kes yang berlaku dalam negara juga, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan penutupan sekolah bagi semua negeri.
Pelaksanaan PKPB mengehadkan aktiviti kanak-kanak sehingga ada kanak-kanak yang hanya bertemankan gajet sehari suntuk. Aktiviti ini dilihat sebagai satu perkara yang tidak sihat sehingga memberikan kesan jangka panjang pada kesihatan kanak-kanak.
Doktor ini berkongsikan kisah yang terjadi pada pesakitnya yang tidak terdedah dengan aktiviti luar. Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dikatakan kekurangan vitamin D dan rendah kalsium.
PAGI-PAGI ni, satu lagi isu saya nak share. Satu lagi yang merisaukan masa PKPB ni. Sebab kurang outdoor untuk anak-anak. Kami dah mula terima kes kekurangan vitamin D. Dibawa ke wad sebab ‘sawan’.
Bila diperiksa kami dapati kalsium rendah dalam badan anak usia 10 tahun. Kalau dibiarkan, kekurangan vitamin D boleh affect tulang kanak-kanak iaitu penyakit Ricket! Bila kami tanya pesakit tu, tak suka susu, kurang pengambilan produk tenusu.
Lepas tu sejak PKP fasa pertama, anak memang dok dalam rumah je, main gajet most of the time. Yelahkan, mak ayah risau nak bagi keluar. Sumber utama vitamin D adalah dari matahari. Bila matahari kena pada kulit anak,
Vitamin D dihasilkan. Selain tu produk tenusu juga membantu. Jadi, walau PKPB ni, usahakan anak-anak outdoor walau sekejap. Especially terbaik matahari pagi sebelum pukul 8 pagi. Boleh cuba sarapan di balkoni ke, backyard ke. Paling best anak bermain di luar. Free play!
#drana
#kesihatananak
#vitaminddeficiency
Sumber: Anayasmin Azmi
December 05, 2020 at 03:11AM
0 Komentar