'Baru faham kenapa orang Bangladesh mati² tak nak daging beku' - 1,500 tan daging beku haram jadi halal bernilai RM30 juta disita

December 04, 2020

The Reporter


Kes- kes penyeludupan yang berlaku di dalam negara bukanlah isu baru yang dibongkarkan. Kerana kepentingan wang ringgit, mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun perkara tersebut bercanggah dengan undang-undang dan agama.


Seperti perkongsian pemuda ini, kes pembongkaran penyeludupan daging ini sudah pasti mengejutkan ramai pihak. Dikatakan sehingga RM30 juta daging seludup yang tidak disembelih telah diedar ke seluruh Malaysia. 


Menurut laporan Sinar Harian pula, kegiatan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu itu didakwa mendapat bantuan daripada ‘orang dalam’ di pintu masuk negara. Kebanyakan daging sejuk beku import itu dibawa masuk menggunakan dokumen palsu.


MALAYSIA BERDUKA. Gambar profil aku dihitamkan sehingga mereka terlibat diheret. Sampai RM30 juta daging seludup tak disembelih, siap diedar seluruh Malaysia. Boleh bayang 1,500 tan banyak mana? 1.5 juta kilogram. Susun dalam lori 3 tan, ada 500 buah lori. Kalau disusun lori-lori tu, ada 3 KM panjang dia oi.


Belum disahkan lagi ada negeri terkecuali daripada menerima daging ini. Kena tunggu keputusan rasmi. Lebih parah, menurut PPIM, daging halal lain bercampur dengan tak halal dalam 1 gedung.


Masa ni lah rindu negeri Kelantan, rakyat dia support kaw-kaw daging sembelih sendiri. Masa ni lah, terkenang projek mega Shahrizat yang memang asalnya dibuat demi persediaan nak hadapi isu ini, tiris setirisnya.


Akhirnya, isu daging beku ini telah tiba ke kemuncaknya. Masa ni lah, pengembala ternakan daging, kalian kena munculkan diri, tampil war-warkan kewujudan anda. Selama ni iklan korang kena sabotaj kartel setempat, selama ni produk daging segar korang sampai dianaktiri walau dalam freezer pengedar.


Masa ni, aku teringat pakcik aku di Kluang yang bela ayam sampai berpeluh naik turun lori, sampai demam memikirkan nasib ayam-ayamnya yang bersaing dengan produk beku. Mudah-mudahan terjawab doa kalian.


Masa ni kalau korang nak mengepak, terbang, ini memang peluangnya. Harga naik kerana supply dan demand. Kalian patut jadi hero di saat ini.


Masa ni, baru kau nampak hak-hak haiwan di zoo yang selama ni anak beranak yang conquer jawatan dalaman tu. Buat semua haiwan karnivor di zoo seluruh Malaysia, kami kembalikan hak keperluan daging buat santapan kalian. Selama ni kalian kurus kering kerana rakusnya tangan-tangan manusia. Mungkin daging tak disembelih ini adalah hak kalian yang tertangguh.


Tak pasal Majlis Mufti nak kena bersidang lepas ni untuk setkan status daging yang dah beredar.


Sekarang ni baru aku faham, macam mana daging yang asalnya berstiker 'buffalo' bila sampai ke Pasar Selayang terus dilabel 'beef'. Misleading sesuka hati dia ya. Rupanya status 'halal' pun cuma di sticker je ya.


Baru aku faham, kenapa orang Bangladesh Muslim yang merantau ke Malaysia bermati-matian tak mahu daging beku. Cuba kau belanja dia makan fast food, FREE tau, itupun dia tengok kau atas bawah. Tak percaya boleh cuba.


Baru aku faham, kenapa Bangladesh ni sanggup pikul ayam hidup naik motor/lori. Sanggup sembelih sendiri dalam toilet asrama mereka, sampai jiran mengadu bunyi ayam bising. Sanggup buat tempat sembelihan tak berlesen di belakang kedai-kedai runcit bangsa mereka.


Kerana orang mereka sendiri menjadi saksi kepada perjalanan daging beku di tanah air kita ini. Kartel haram guna orang Bangladesh. Kita sudah nampak sejelas-jelasnya kali ini.


Aku percaya, berapa pihak dah 'tertampar' muka masing-masing kerana kes ini. Dari atas sampai ke bawah. Dari pemegang resit sampai ke stereng. Dari tangan ke tangan. Habis maruah Malaysia dan JAKIM sebagai leader No 1 sijil halal dunia. Habis lebur maruah tanahair.


Kesian kedai-kedai makan halal. Dahlah ekonomi tengah semput sekarang ni. Habis satu Malaysia kena tampor. Tali barut nak lari pun kemain senang, pintu gate terbuka luas. Heret. Jangan tak heret.


Covid, you are such an interesting lesson for us, dengan izin Allah. KWSP RM10,000, GKP RM3,000, BPN dan lain-lain akhirnya akan beralih tangan ke pengusaha daging segar yang halal. Finally, the cash cycle has been shuffling up. Again.


Memetik laporan Sinar Harian 2 Disember 2020, taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia terbongkar dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai semalam.


Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.


Tindakan itu dibuat bagi menyakinkan pemborong di Malaysia kononnya bekalan daging sejuk beku itu diperoleh dari negara yang dibenarkan pengimportannya sebelum dipercayai diedar ke pasaran tempatan.


Sumber: Al Irfan Jani, Sinar Harian



December 04, 2020 at 12:28PM

Previous
Next Post »
0 Komentar