'Aku takkan halalkan siapa yang curi barang aku' - Seller dakwa barangnya dicuri staff kurier

December 10, 2020

The Reporter


Seorang peniaga online terpaksa menanggung kerugian ratusan ringgit selepas barang yang dihantar kepada pelanggannya didapati telah dicuri. 


Menurut pengadu, bungkusan barang yang dihantar kepada pelanggannya telah dikoyakkan sebelum ditampal semula dengan pita pelekat syarikat kurier tersebut. Isi kandungan kotak itu juga telah ditukar dan pengadu mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh kakitangan kurier yang tidak bertanggungjawab.


Pengadu hanya mengetahui kejadian iu selepas dimaklumkan oleh pelanggannya yang terkejut apabila mendapati barangan yang dipesan, telah ditukar dengan 'kasut terpakai'.


BARANG saya telah dicuri pihak J&T Express Puchong. Lain yang saya pos, lain yang customer dapat. Parcel telah dikoyakkan sebelum ditampal semula. 


J&T yang curi, ada kesan selotep selepas parcel dikoyakkan. Dia (suspek) tampal balik koyakan itu menggunakan selotap J&T dan hanya staff J&T sahaja yang mempunyai selotap J&T.


Sudah dua kali barang dicuri dan tiada tindakan dari pihak J&T unutk menangkap pencuri. Untung kerja J&T curi barang customer dan tiada sesiapa yang tahu dan diambil tindakan. 




Sudahlah susah nak claim, tak dapat duit. Barang berharga ratusan ringgit. Rugi seller. Sudahlah bayar duit pos mahal tetapi tak selamat. Aku takkan halalkan siapa yang curi barang aku. 


Saya akan buat laporan polis jika pihak J&T tidak mengambil apa-apa tindakan. Saya kena pulangkan semula wang ratusan ringgit kepada customer. Sudah dua kali kejadian seperti ini berlaku. Sampai bila nak jadi begini? 


Kalau tiada apa-apa tindakan, runner atau staff J&T ini akan curi dan curi sampai bila-bila. Banyak kes orang complaint parcel dikoyakkan dan kemudian ditampal semula. Barang mahal, dia akan ambil. Kalau barang murah, dia takkan ambil. 




Sampai bila J&T nak simpan penyamun-penyamun ini? (Kalau tiada tindakan) nanti ramai customer yang lari, guna khidmat kurier lain sebab dah kerap berlaku kes kecurian seperti ini.


J&T perlu pertingkatkan lagi sistem penghantarannya seperti meminta nombor kad pengenalan dan nama seelum menyerahkan barang dan memastikan tuan empunya barang yang menerimanya, bukannya meletakkan barang-barang itu di mana-mana. 


Kalau tiada orang yang terima, sila tinggalkan surat meminta penerima mengambil barangnya di kaunter J&T. Buat seperti Pos Laju. Sebelum hantar barang, pastikan barang tiada kesan koyakan. KAlau ada kesan koyakan, lapor pada bos dan seller. Tetapi kalau runner yang koyak, memang tiada rekod CCTV. Suspek boleh buat kerja dalam kereta dia je.


Walau bagaimanapun, ada sesetengah netizen mempersoalkan apakah dakwaan pengadu itu benar dan mempunyai bukti untuk menuduh kakitangan J&T berbuat demikian. 


Sumber: Facebook Group Shopee Malaysia



December 11, 2020 at 01:55AM

Previous
Next Post »
0 Komentar