'Tak halalkan pun takpe, saya nak duit saya jer' - Pelanggan biadab aniaya peniaga durian

August 04, 2019

The Reporter


Buah durian terkenal dengan jolokan raja segala buah kerana dengan keenakan rasa dan juga harga buah tersebut. Walaupun dikatakan harga buah durian mahal, tetapi orang ramai tetap membelinya.

Wanita ini berkongsikan kisah di sebalik durian. Bukan kerana isi durian, tetapi kisah si pembeli yang dikatakan sombong dan tidak bersyukur. Pada awalnya, pembeli tersebut meminta harga durian dikurangkan dan selepas itu dia kembali dengan membawa durian yang dibeli dengan alasan durian itu tidak ada rasa.

KISAH malam ni yang sedih. Ada sorang customer datang kedai nak beli durian. Naik kereta MPV HONDA yang paling latest. Kaya, kan. Dia beli buah durian D20 dua biji. Total harga buah dia RM68. Itu pun selepas dia merayu-rayu minta kurang. Kalau nak ikutkan harga sebenar RM76. 

Selepas abang aku bersetuju dengan harga yang dia minta, dia minta kurang lagi. Abang aku tak boleh bagi. Kemudian dia cakap, 

"Kalau macam tu, bagilah saya petai 1 ikat"

Abang aku mengucap panjang. Takpelah, abang aku bagi dua papan petai. Dia pun balik. Tak lama lepas tu dia datang balik ke kedai dengan bawa buah yang dia beli tadi. Tapi tak cukuplah, mungkin dia dah makan. Dia letak atas meja sambil bercakap, "buah ni semua tak boleh makan, tak ada rasa,” kata dia lah. 

Abang aku pun minta maaf dan nak ganti dengan buah yang baru. Dah buka dua biji buah baru DURIAN D20 tapi dia tetap tak berpuas hati. Alasannya tawar la, mengkal la, tak ada rasalah. Masa abang aku buka buah baru untuk dia, mulut dia tak habis-habis bercakap, buah ni tak ada rasa, tak sedap. Hmmm.. astagfirullah. Dah buka 5 biji buah baru untuk dia. 

Last dia cakap, "BUAH KAT SINI SEMUA TAK BOLEH MAKAN, TAK SEDAP." Aku pun suruh abang aku stop, jangan buka buah lagi dan aku pulangkn duit dia yang RM68 tu. Suami aku cakap pada dia, "Maaf ye cik, saya halalkan yang dah masuk dalam perut cik. Terima kasih ye." 

Alangkah terkejutnya kami semua bila lelaki tu bercakap "TAK HALALKAN PUN TAKPE, SAYA NAK DUIT SAYA JER.” Masa tu aku tersenyum. Dalam hati aku berkata, "MASHAALLAH, SOMBONGNYA HAMBA ALLAH NI". 

Takpelah, mungkin dia nak beli topup takde duit kot. Bila lelaki tu dah balik, aku sendiri rasa semua buah-buah tadi termasuklah buah yang dipulangkan semula. 

Ya Allah! Nikmat Allah yang mana lagi kamu nak dustakan. Rasa dia manis, lemak, memang sedap. Lagipun jarang-jarang ada durian D20 yang buruk isinya. Ada juga aku minta orang lain yang datang kedai untuk rasa buah tu. Semua kata benda yang sama, manis, sedap dan isinya pun kuning. Rezeki tu tak pernah salah alamat. Lima biji buah yang dibuka tadi dah dibeli orang.

Alhamdulillah. Hmmm...manusia-manusia.  Nampak kaya belum tentu ada hati jiwa dan perasaan. Semoga Allah murahkan rezki lelaki tu. Amin.

Pesanan untuk diri aku dan semua. JANGAN SESEKALI KITA SOMBONG!! Lu kaya macam mana pun tapi kalau lu sombong lu la org paling miskin. Lebih miskin dari pengemis dan papa kedana. Aku harap lelaki tu baca posting ni.



August 05, 2019 at 02:41AM

Previous
Next Post »
0 Komentar