The Reporter
Kos kehidupan yang semakin meningkat membuatkan masyarakat berpusu-pusu mencari pekerjaan tambahan bagi mengurangkan bebanan. Jadi, tidak hairan lah sekiranya pada waktu pagi ada yang memakai kemeja menuju ke pejabat dan waktu malam pula menukar uniform lain.
Tetapi, berbeza pula dengan perkongsian ini. Wanita yang diceritakan tinggal di Singapura ini dikatakan asyik meminta simpati orang ramai melalui media sosial untuk diberikan barangan, makanan dan bermacam-macam lagi sedangkan dia dan pasangannya sihat tubuh badan.
INI bukan pasal bukak aib. Dah terang dia post kat fb. Siapa yang tahu, tahulah datangnya dari mana. Nama sudah ditutup. Tak ada kena mengena dengan I. Tak kenal, tak pernah berjumpa. Yang merisaukan ni, banyak sangat dia minta. Kalau makanan, fahamlah kan. Semua orang pun ada hari-hari susahnya.
Anak-anak tak ada makan tapi engkau minta duit. Rezeki kalau dapat zakat duit. Dapat ration sudah cukup bagus. Bersyukurlah. Diminta ticket ferry lah, cat rumah percumalah, macam-macam lagilah.
Bila ditegur, jarinya sepantas kilas macam kilat menyambar. Walhal teguran dengan cara baik. Dia mula maki-maki. Eh, tak tau nak kerja kah? Kalau tak boleh kerja, sabarlah. Jangan minta yang bukan-bukan.
Aku risau sebab orang macam dialah perosak masyarakat. Kesiah bah anak-anak. Anak-anak ikut. Makin lama makin menjadi nanti. Apa akan jadi pada masyarakat melayu kita? Lama-lama makin mundur. Ada lagi macam-macam cerita pasal dia.
Memanglah engkau boleh cakap, hidup engkau, kita jaga hidup kita. Tapi, kau meminta pada siapa? Kau letak di FB. Orang lain yang mahu membantu baca comments engkau yang celupar dan lucah tu terus batalkan niat nak bantu.
SSO juga tak akan membantu lagi kalau selalu apply tanpa usaha. Ini Singapore. Goverment mahu masyarakatnya berkerja selagi mampu berkerja. Yang berpenyakit, kurang upaya, kurang anggota badan boleh mampu berkerja. Ada lagi yang bawak anak buat Grab Food semua atau juallah dari FB. Daripada kamu post bukan bukan lebih baik engkau post barang jualan. Apa alasan kamu ya? Fikirlah. Usaha dengan keringat sendiri bukan meminta luxury items bah.
Sumber: Sooper Mami
August 05, 2019 at 03:11AM
0 Komentar