Suspek cuba samun Ysuku milik rider Grab Food ditahan

August 11, 2019

The Reporter


Salah seorang daripada dua suspek yang cuba menyamun motosikal Yamaha Y15 milik rider Grab Food di Phileo Damansara, Petaling Jaya pada 9 Ogos lalu telah ditahan polis pada jam 4.45 petang semalam di Apartmen di Taman Kepong. 

Suspek berusia 33 tahun itu mengaku terbabit dalam kes itu bersama dengan seorang lagi rakannya.

Polis juga merampas beberapa barangan lain seperti batang kunci motosikal jenama Solcar, topi keledar serta motosikal Yamaha 125 yang dipercayai digunakan ketika cubaan melakukan samun berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kawad cam yang dijalankan oleh mangsa juga mendapati lelaki itu sebagai individu dalam kejadian tersebut. 

Semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau yang membabitkan kes curi kenderaan bermotor, mencuri dan memiliki barang curi mengikut Seksyen 379A, Seksyen 379 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan. 

Suspek yang direman selama enam hari hingga Khamis ini, mengakui mengenali rakannya itu ketika berada di Penjara Kajang pada 2010. 

Polis kini sedang giat memburu suspek kedua. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


August 11, 2019 at 03:03PM

Previous
Next Post »
0 Komentar