2 adik ipar mangsa dipanggil beri keterangan, beberapa saksi lain juga telah tampil membantu siasatan

August 11, 2019

The Reporter


Dua adik ipar kepada mangsa yang maut dalam perselisihan faham kemalangan kecil di KM 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Persimpangan Southville City kelmarin telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hari ini untuk diambil keterangan. 

Dua adik ipar mangsa yang berusia 19 dan 22 tahun itu tiba di IPD Kajang pada jam 10.30 pagi tadi. 

Bapa mentua mangsa, Mohd Rozhan Ramlee, 57, berkata, salah seorang daripada anaknya itu antara yang terawal tiba di lokasi sebelum membawa mangsa ke klinik kesihatan sebelum ke Nilai Medical Centre, Nilai. 

"Dia yang ada bersama memberi bantuan pernafasan kecemasan CPR kepadanya ketika dalam perjalanan ke Nilai Medical Centre. 

"Saya harap dengan keterangan anak dapat membantu polis menjalankan siasatan secara terperinci," katanya. 

Mohd Rozhan juga berkata, keluarganya menerima banyak panggilan dan mesej dari pelbagai individu yang mendakwa mereka saksi kejadian. 

"Namun, mereka banyak memberi alasan termasuk ingin jumpa saya terlebih dahulu selepas saya meminta mereka untuk membuat laporan polis," katanya. 

Sementara itu, beberapa saksi kejadian sudah tampil memberi keterangan kepada polis. Ada saksi yang tampil sukarela dan ada juga yang diminta tampil untuk membantu siasatan. 

Difahamkan akan ada lagi saksi akan membantu siasatan kes itu. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


August 12, 2019 at 05:31AM

Previous
Next Post »
0 Komentar