Kerap makan makanan pedas setiap hari boleh menyebabkan anda hilang ingatan (dementia) - Kajian

July 26, 2019

The Reporter


Bagi kebanyakan orang, hidangan yang dimakan tidak lengkap tanpa disertakan dengan sambal cili, sos cili dan yang sewaktu dengannya. Tetapi menurut satu kajian baru ini, anda mungkin akan berfikir sama ada nak makan pedas lagi atau tak selepas ini. 

Kajian dari Universiti of South Australia dan Qatar University mendapati, individu yang suka makan makanan pedas setiap hari berisiko mengalami dementia (nyanyuk, pelupa atau hilang memori). 

Menurut kajian yang melibatkan 4,582 orang dewasa berusia 55 tahun, lebih dari 15 tahun turut memantau pengambilanan makanan mereka. 

Keputusan menunjukkan, peserta yang makan lebih dari 50 gram cili sehari berisiko dua kali ganda mengalami masalah memori. Keputusan itu juga mendedahkan, masalah itu lebih mudah berlaku kepada peserta yang badannya kurus. 

Dr Zumin Shi yang mengetuai kajian itu berkata, "Pengambilan cili didapati bermanfaat untuk berat badan dan tekanan darah dalam kajian terdahulu. Bagaimanapun dalam kajian ini, kami mendapati ia member kesan buruk terhadap golongan dewasa terutamanya orang tua. 

Satu analisis diet peserta menunjukkan bahawa pengambilan cili segar dan kering memberikan kesan ke atas daya ingatan, tetapi tidak bagi pengambilan capsicum atau lada hitam. 

Walaubagaimanapun, kajian masih diteruskan bagi mencari penjelasan mengapa perkara itu berlaku. 

Sumber: Mirror


July 26, 2019 at 02:36PM

Previous
Next Post »
0 Komentar