The Reporter
Ibu bapa perlu mengawal penggunaan gajet pada anak-anak kerana ia boleh memudaratkan kesihatan terutamanya penglihatan.
Dalam kes terbaru di Thailand, Dachar Nuysticker Chuayduang berkongsi mengenai insiden yang menimpa anak perempuannya berusia empat tahun menjalani pembedahan mata kerana terlalu banyak menghabiskan masa dengan bermain telefon bimbit.
Menurut Dachar, anaknya sudah dibiasakan dengan telefon bimbit sejak usia dua tahun, sementara dia boleh fokus melakukan pekerjaannya.
Namun, mata kanak-kanak itu mula mengalami masalah yang menyebabkan dia terpaksa memakai cermin mata. Selain itu, dia juga mengalami perubahan di mana dia tidak dapat duduk diam atau fokus jika tiada telefon bimbit di tangannya.
Doktor berkata, penglihatan kanak-kanak itu terjejas atau mengalami simptom lazy eyes di mana matanya tidak berfungsi secara serentak.
Selepas menjalani pembedahan, akhirnya penglihatan kanak-kanak berkenaan pulih tetapi doktor tidak membenarkan dia menggunakan sebarang gajet termasuk menonton televisyen kerana pencahayaan dari peranti itu boleh menyebabkan dia hilang penglihatan dan terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi.
Sumber: World of Buzz
July 26, 2019 at 02:09PM
0 Komentar