The Reporter
Berat hati memandang, lagi berat hati pasangan suami isteri yang melihat keadaan anak mereka yang terpaksa menanggung penderitaan yang tidak dipinta ini. Maliq Aryan bin Ahmad Rafiq disahkan menghidap penyakit Nephroblastoma Stage 3 (Wilms Tumor) yang kini sedang menjalani rawatan.
Menurut ibunya, Nur Syafiqah, anaknya memerlukan dana sebanyak RM10,000 - RM15,000 bagi membiayai kos rawatan di mana tumor di buah pinggang bahagian kanan Aryan akan dibuang dan begitu juga dengan buah pinggangnya turut dibuang.
HARI ini, 8 Mac, chemo Aryan yang keempat (suntikan VCR), bermakna hari terakhir chemo sebelum Aryan dibedah pada 14 Mac nanti untuk membuang tumor yang ada di buah pinggangnya. Menurut kata doktor, buah pinggang kanan Aryan pun terpaksa dibuang sekali. Allahuakbar sayang Mama.
Mama tak sangup sangat nak sebut sebenarnya. Mama masih berharap sangat-sangat buah pinggang Aryan dapat diselamatkan. Masih mengharap pada keajaiban Tuhan. Tiada apa Mama mampu lakukan selain berdoa dan terus berdoa. Kepada Tuhan, Mama berserah.
Pada hari yang sama juga, doktor nak bedah di dada Aryan untuk buat 'chemo port' supaya senang nak masukkan chemo. Tak perlu cucuk-cucuk di tangan atau kaki Aryan lagi. Tapi Mama berat hati sangat-sangat nak setuju. Sedih, bingung, takut, bercelaru semua ada.
Kesan biopsy dan bone maarow (ambil sumsum tulang belakang) Aryan pun tak hilang lagi. Nak ditambah dua lagi pembedahan. Beratnya dugaan buatmu sayang.
Di usia ini, anak-anak sebaya Aryan semua sedang seronok bermain. Tetapi Aryan berulang alik di hospital menerima rawatan yang menyakitkan. Mama sedih sangat-sangat Aryan, tapi Mama tak tahu nak buat apa. Nak diikutkan, Mama tak sanggup nak tengok prosedur atau protokol rawatan chemo ini. Tetapi demi Aryan, Mama kuatkan hati dan sentiasa ada dengan Aryan.
Anak mana Mama, Maliq Aryan, jangan menangis, sabar ye sayang. Mama doakan Aryan cepat sihat dan ceria macam dulu. Tak sampai hati Mama tengok Aryan menangis sepanjang rawatan chemo ini. Tangan, kaki dah berpuluh-puluh kali kena cucuk. Cuma cara chemo ini saja yang Mama dan pihak hospital boleh buat.
Tangisan dan jeritan Aryan sentiasa terngiang-ngiang di telinga dan mata Mama. Di luaran, Mama nampak okey, tetapi hakikatnya dalam hati Mama perasaan sedih dan menangis sudah tidak dapat terbendung lagi kalau tengok muka Aryan. Mungkin ini ujian Allah buat Mama dan Papa supaya lebih rapat dan mengingatiNya. Segala yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. InshaAllah. Mama redha sayang.
Jika ada kelapangan, saya akan ceritakan dari awal kronologi Maliq Aryan. Taip coretan yang ini pun rasa sebak sangat-sangat. Doakan agar saya terus tabah melalui semua ini dengan senyuman.
Di sini saya ada sertakan surat pengesahan penyakit Maliq Aryan bin Ahmad Rafiq yang disahkan menghidap penyakit Nephroblastoma Stage 3 (Wilms Tumor) daripada doktor dan kini sedang menjalani rawatan chemotherapy di Wad 4D (Ongkologi and Hemathology) HUKM.
Tempoh rawatan dijangka memakan masa enam bulan lagi selepas tarikh pembedahan dan anggaran jumlah kos rawatan adalah RM10,000 - RM15,000.
Dengan ini saya dengan rasa rendah diri ingin memohon bantuan kewangan dari orang ramai yang sudi membantu little fighter saya, Maliq Aryan. Dan saya juga memohon kalian semua mendoakan agar segala urusan Maliq Aryan dipermudahkan dan sihat seperti sediakala.
Saya akan update latest sumbangan dari masa ke semasa dan beberapa lagi jumlah yang perlu dikumpulkan. Di sini saya sertakan nombor akaun dan nombor telefon saya.
NUR SYAFIQAH HASPULAH
CIMB - 70 5021309 7
AHMAD RAFIQ BIN RAMLI
MAYBANK - 1620 2145 0295
H/P - 016-9511545
"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia! Hilangkanlah kesakitan Maliq Aryan Bin Ahmad Rafiq. Sembuhkan dia, sesungguhnya engkaulah yang Maha Penyembuh. Tiada penyembuhan selain penyembuhan Mu. Penyembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan "
Saya dahulukan dengan ucapkan terima kasih banyak pada yang sudi menolong dan mendoakan Maliq Aryan. Semoga Allah swt balas kebaikkan yang lebih kepada kalian. Aamiin.
Sumber: Nur Syafiqah
March 08, 2019 at 07:50AM
0 Komentar