'Selepas minum air kencing sendiri, saya rasa lebih bertenaga' - Fabian

March 07, 2019

The Reporter


Seorang pereka dalaman di Sheffield, Yorkshire mendakwa dirinya lebih bertenaga dan sihat selepas mengamalkan minum air kencingnya sendiri setiap hari. 

Menurut Fabian Farguharson, 37, berkata, dia mengamalkan amalan itu sejak tiga tahun lalu, malah mendakwa kehidupannya menjadi lebih gembira serta bertambah bijak selepas meneguk antara 300 hingga 300 mililiter air kencing segar setiap hari. 

"Saya selalu berfikiran terbuka untuk sesetengah perkara, jadi saya mengambil keputusan untuk mencuba minum air kencing yang segar. 

"Kali pertama minum air kencing, rasanya sangat kuat dan pahit. Namun saya tiada masalah untuk menghabiskannya. 

"Selepas 30 minit, badan rasa bertenaga dan saya mengalakkan orang lain untuk mencubanya," kata usahawan itu. 


Difahamkan, Fabian menemui artikel mengenai khasiat air kencing di internet, lalu mencari maklumat mengenai rawatan alternatif dan terapi holistik bagi menyelesaikan masalah sakit perut yang dihidapinya. 

"Saya sebelum ini kerap bertugas di luar kawasan dan makan makanan ringan seperti Burger King, McDonald's dan pelbagai lagi makanan segera.

"Akibatnya saya mengalami sakit perut yang teruk dan imbasan yang dilakukan gagal menemui sebarang ulser atau apa-apa punca kepada permasalahan saya ini. Jadi, saya pun mula mencari rawatan alternatif di internet," jelasnya.


Fabian mengakui dia turut menyimpan air kencingnya selama sebulan sebelum diminum. 



March 08, 2019 at 04:00AM

Previous
Next Post »
0 Komentar