(Video) 'Apsal bawa masuk lelaki? Keluar sekarang!' - Tuan rumah halau penyewa buat onar

August 13, 2018

The Reporter


Viral di media sosial video seorang lelaki memarahi penyewa perempuan yang membawa masuk tiga lelaki yang dikenali ke rumah sewanya, sebelum menghalau keempat-empat individu berkenaan. 

Ekoran video yang telah ditonton lebih 155,000 tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen, salah seorang penyewa rumah sewa berkenaan tampil menceritakan kejadian yang sebenar berlaku di sebalik video tersebut. 

Dia pada mulanya menyangkakan salah seorang penyewa dari Sarawak menumpangkan rakannya, tetapi sangkaannya meleset. Akhirnya terbongkar apabila salah seorang penyewa yang berasal dari Kelantan membawa masuk rakan-rakan lelakinya tinggal di dalam rumah itu.

FATIN, 18,  dari Kelantan. Baru tiga minggu menyewa dah bawa 3 orang lelaki masuk dan ceroboh masuk bilik student yang tengah cuti semester sekarang.

Rumah sewa akulah ni, terkejut ternampak video ini kat Instagram dah 155,000 views. Tuan rumah mesej aku macam relaks saja. Begini rupanya masa kejadian.

Dari awal dia masuk lagi, aku dah rasa tak sedap hati. Hari pertama masuk, aku tanya dia dari mana. Dia kata dari Pahang. Kemudian tiba-tiba dia tukar cakap dari Kelantan, dengan muka dia tersengih-sengih macam nak cover malu dia. 

Okey. Kadang-kadang dia mesej aku, kalau malam jangan kunci selak. Nanti dia tak boleh masuk. Jadi, aku biarlah. Then siap cakap dengan dia lagi, "Jangan balik malam sangat. Hati-hati kat luar tu,". Aku baik kot? Malas nak cakaplah. 

MULA RASA CURIGA

Beberapa hari kemudian dan ada satu hari aku balik malam. Aku pelik bilik tengah itu berlampu, kipas semua terbuka. Aku masuk rumah, nampak dia. Aku tanyalah budak bilik ini dah balik ke? Dia kata, "Entah, tadi ada orang masuk."

Aku pun rasa pelik, pelik sebab awal gila budak Sarawak ini balik. Aku pun tanya lagi, "Free hair ke pakai tudung?". Dia jawab, "Satu free hair, satu pakai tudung,". Pandai dia cover, aku diam lagi. 

Selepas itu, aku masuk bilik dan letak barang. Aku keluar, dia dah tak ada. Tetapi lampu dan kipas di bilik tengah itu masih On lagi. Aku masuk, ada cawan di dalamnya yang penuh dengan bekas rokok. Juga ada bekas biskut budak yang stay bilik itu terbuka, ada satu biskut dia gigit tak habis makan dan tupperware terbiar dibuka. 

Aku tutup semua suis. Lagi satu, tilam terbentang semua, memang bersepalah. Aku bawa bekas rokok itu keluar semua. Bau bilik itu, nauzubillah. 

DITIPU DENGAN PERWATAKAN DAN RAUT WAJAH

Selepas itu, ada seorang kawan perempuan dia baru balik. Perempuan itu yang pakai selimut aku buat tidur. Aku mati-mati ingat dia menyewa sekali. Pasal perempuan yang seorang lagi ini, masa mula-mula dia bawa masuk, aku tanya Fatin sama ada budak itu sewa sekali ke? Fatin jawab ya dan aku pun percaya. Muka si Fatin ini muka budak baik, innocent, comel dan cantik budak ini. Tetapi dia menipu aku.

Selepas kawan dia ini masuk rumah, aku terus marah dan suruh cakap dengan Fatin kalau nak hisap rokok, pergi ke luar. Pastu jangan masuk bilik orang. 

"Saya baru balik kak, saya tak tahu apa-apa," katanya. 

Dipendekkan cerita, aku balik kerja malam, selalu dia ada lagi sebab selalu bangun pagi dia dah tak ada. Lagi satu, dia suka buka pintu bilik untuk pastikan aku dah tidur ke belum setiap malam. Setiap hari begitu. Kadang-kadang dia buka pintu bilik dan intai aku. Aku pandang dia, dia pandang aku dan kata, "Eh? Tak tidur lagi?". Eleh, kau dah kenapa?

RAHSIA TERBONGKAR

Sehinggalah empat hari lepas, aku dah penat balik kerja malam. Memang malas nak ambil tahu aktiviti dia, bercakap dengan dia pun tidak. Tapi pagi itu semasa aku bersiap-siap nak pergi kerja, aku dengar bunyi katil dalam bilik itu. Aku seriau! Tapi dah syak sikit macam ada orang di dalam itu.

Masa nak pakai kasut, aku ternampak kasut lelaki banyak di bawah meja sebelah rak kasut aku tersusun elok saja. Aku dah takut dah. Dalam perjalanan pergi ke tempat kerja, aku tanya tuan rumah. 

"Encik ada sewakan rumah kepada penyewa lelaki ke dalam rumah ini?"

"Buat masa ini,  awak dengan Fatin saja," katanya. 

Aku macam, Eh? Habis tu, perempuan yang seorang lagi itu selama ini menumpanglah? Siot betul! Beria mesej aku tiap malam suruh buka kunci pintu, macam dia itu penyewa di rumah ini. 

Selepas itu aku dah keluar, aku mesej tuan rumah dan beritahu apa yang terjadi. Aku suruh dia datang cepat sebab aku tahu diorang tengah tidur lagi. So end up jadi begini dan masa itu juga dia kena halau dari rumah. 



Tapi dia tinggalkan mug penuh dengan bekas rokok dalam dua mug, pad ada darah, dengan kotak rokok di atas lantai bilik belakang. 

Sekian, maaf kalau ada Kelantanese yang terasa. Aku tahu memang ramai yang baik lagi. Kawan aku ramai saja Kelantan tapi elok-elok belaka. Tapi yang ini muda, segar dan buasa sangat, buat perangai dan menipu asal usulnya sendiri. So aku saja mentioned. Maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.



August 13, 2018 at 12:41PM

Previous
Next Post »
0 Komentar