The Reporter
Isu pornografi dilihat seperti isu yang mudah tetapi sebenarnya ketagihan kepada pornografi melibatkan kesan jangka panjang jika tidak diatasi dengan segera. Ketagihan pada pornografi memberikan kesan yang negatif kepada pemikiran, tingkahlaku dan fizikal.
Jika dari sudut Islam, ketagihan kepada pornografi boleh menggelapkan hati dan menjauhkan kita dari Allah.
Ramai yang tidak menyedari masalah-masalah yang terjadi kepada mereka adalah berpuca daripada ketagihan pornografi terutamanya golongan lelaki. Oleh yang demikian, bebaskan diri dari menjadi mangsa ketagihan pornografi untuk membentuk gaya hidup yang lebih sihat.
PORNOGRAFI
Semua orang terdedah kepada porn dan kelucahan. Tapi ramai yang tak sedar pendedahan melampau boleh akibatkan:
i. Kemurungan
ii. Anxiety
iii.Tak boleh beri tumpuan
iv. Brain fog
v. Tiada motivasi
vi Masalah ED dan ejakulasi
Ini adalah thread mengenai kesan ketagihan porn. Ramai (lelaki terutamanya) yang ada masalah-masalah di atas dan tak sedar bahawa puncanya adalah porn dan boleh pulih setelah berhenti.
Nota: Porn bukannya satu-satunya punca tapi salah satu daripada punca.
Aku bukan nak bincang moraliti porn tapi nak bincang mengenai kesannya kepada otak kita.
Dari baligh kita inginkan seks. Ini adalah natural, fitrah. Naluri inginkan seks ini adalah supaya kita cari pasangan dan hasilkan zuriat. Tapi porn memperdayakan otak kita seolah-olah kita sudah jumpa pasangan. Sebagai ganjaran, otak kita hasilkan dopamine. Dopamine memberikan kepuasan dan dorongan untuk mencari rangsangan itu (porn) sekali lagi.
Internet porn juga begitu banyak jenis hinggakan memberi rangsangan yang berlainan (novelty). Disebabkan Coolidge Effect, novelty ini merembeskan lebih banyak dopamine apabila menonton porn.
Disebabkan rembesan dopamine yang begitu banyak ini, otak akan membuat kesimpulan bahawa porn ini adalah penting. Kitaran porn dan dopamine ini menyebabkan kau ketagih kepadanya. Pengaktifan reward pathway ini tak ubah seperti orang yang ketagih dadah.
Terlalu kerap menonton porn dan mengeluarkan dopamine hasil rangsangan porn akan sebabkan desensitization dan tolerance. Maksudnya kau perlu tonton lebih banyak porn dan jenis porn yang pelik-pelik (novelty) untuk menghasilkan jumlah dopamine yang sama.
Mereka yang ketagih akan menunjukan simptom-simptom withdrawal bila tak dapat menonton porn. Ketagihan porn menyebabkan perubahan dalam otak dan ini diterjemahkan kepada masalah seperti kemurungan, anxiety, masalah untuk fokus, masalah seksual.
Orang muda lebih terjejas kerana mereka menghasilkan dopamine lebih banyak dan otak mereka lebih senang diubah (neuroplasticity).
Nota: Mereka ini ketagih kepada internet porn, bukan ketagih kepada seks.
Vicious cycle ini akan menjejaskan minda, tingkah laku dan perhubungan kau. Kalau dah terjebak, berhentilah. Kau akan rasa perubahan. Kalau belum terjebak, elakkanlah. Pemuda, jangan sia-siakan potensi semata-mata kerana kepuasan yang fana. Salurkan tenaga seks itu untuk kebaikan diri bukan ketagihan. Dengan tenaga itu pemuda dulu kala boleh jelajah dunia, memenangi peperangan, membina empayar.
Pemuda kini ketagih porn.
You deserve better.
Maklumat lanjut:
TED Talk - The Great Porn Experiment
Your Brain on Porn
No Fap Reddit
Sumber : numloq, tazkirah.net, rootofscience,
August 13, 2018 at 07:21AM
0 Komentar