The Reporter
Luahan pesakit wanita ini mendorong Doktor Munira Romlee membuat teguran terhadap golongan suami yang mengabaikan tanggungjawab sehingga isteri terpaksa menguruskan segala-galanya seorang diri. Keadaan seperti itu tidak ubah seperti menjadikan isteri yang dikahwini atas dasar cinta itu sebagai hamba abdi.
Suami pula sibuk dengan dunianya dan langsung tidak mengendahkan soal-soal menguruskan rumah dan menjaga anak-anak untuk meringankan bebanan isteri. Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi kini yang banyak melalaikan golongan ini. Akibatnya? Isteri makan hati tanpa suami sedar.
TERINGAT Jumaat lepas, isteri anak tiga datang sendiri bawa anak, sementara suaminya tunggu di luar. Bila ditanya nak pakai perancang apa, dia kata nak cucuk im depo. Saya kata, baguslah.
"Tetapi saya nak senyap-senyap, doktor."
"Kenapa?" soal saya.
"Suami tak bagi. Dia kata anak itu rezeki," jawabnya.
"Itu berat sebelah. Suami akak ni faham ke kenapa kena merancang?"
"Entahlah doktor. Semua tak nak dengar. Saya kerja, hari-hari balik rumah, saya saja yang kalut dengan anak. Kerja dia pula menghadap telefon, main game, tengok video. Saya yang kalut dengan anak-anak. Saya penat doktor.
"Dulu masa anak pertama dan kedua, dia berjanji nak bantu saya menjaga anak. Konon tolong bangun malam. Tetapi selepas beranak, sama saja. Telefon itu yang dipandangnya seperti bini muda. Saya ini dah tak cantik macam dulu agaknya," katanya.
Saya diam, nampak sangat si isteri ini penat dan kecewa. Kasihan, saya hanya mampu sabarkan saja.
Betul, saya setuju sangat yang anak itu rezeki. Tetapi kalau perangai suami menghadap phone, hal anak dan rumah isteri yang uruskan, baik jangan guna ayat anak itu rezeki. Kalau nafkah isteri dan anak ke laut, tak payahlah berangan. Susah nak mencari suami yang bertanggungjawab sekarang.
Ingat isteri mengandung itu perkara senang? Ingat beranak itu perkara senang? Ingat menyusukan anak itu perkara yang senang?
Ambil tahu sikit tentang keadaan isteri. Masa dia mengandung, ambil tahu tentang keadaan dia, selera dia, sakit dia. Masa dia bersalin, beri semangat. Subhanallah, sakit bersalin itu bila difikir balik, trauma rasa bertarung. Selepas bersalin dengan lukanya, letihnya.
Time menyusu ada pasang surutnya. Emosi, pemakanan. Ini pun ramai suami yang fail sebab tak ambil tahu pun keperluan isteri. Apalah salahnya bertanya. Pergi tengok stok susu anak awak itu cukup ke tidak. Kasihan isteri awak pam siang malam nak kejar keperluan anak. Bacalah buku sikit untuk tambah pengetahuan tentang penyusuan. Bukan perempuan sahaja yang perlu tahu.
Tetapi masih ramai suami yang tidak faham. Kasihan, di Klinik Kesihatan tengok ramai perangai suami begini. Sekali sekala nampak lelaki bawa anak pergi check up atau suami ikut isteri tolong suap anak di kedai makan. Rasa beruntung si isteri. Pandai ibu suami didik suami. Beruntung rasa.
Isteri itu wanita luar yang sanggup berkongsi hidup dengan kamu. Apalah salahnya kamu ambil tahu, letaklah telefon itu ke tepi, rancanglah keluarga. Keluarga bahagia tak semestinya keluarga yang ramai. Keluarga bahagia adalah keluarga yang suami isteri tolong menolong, bertolak ansur, jaga kebaijakan isteri dan anak.
Anak tak perlu ramai, yang penting anak itu amanah yang kita bentuk jadi insan berguna. Bukan jadi kutu jalanan.
Sumber: Dr Munira Romlee
August 08, 2018 at 03:29AM
0 Komentar