'Ramai tak tahu hukum tentang darah wanita, asal berdarah je tepek'

August 12, 2018

The Reporter


Persoalan yang berkaitan dengan darah seringkali mengelirukan wanita. Ada pelbagai persepsi diutarakan oleh sebilangan wanita. Isu ini sebenarnya nampak mudah, tetapi agak sukar untuk difahami. Tetapi, wanita perlu memahami konsep ini agar segala ibadah yang kita kerjakan diterima oleh Allah. 

Golongan lelaki juga perlu mengetahui segala maklumat mengenai permasalahan ini untuk rujukan pada masa akan datang dan juga agar dapat menjadi pembimbing kepada adik-adik dan juga isteri.

Bebenang ringkas tetapi penuh dengan pengisian padat oleh Juxu menerangkan hukum tentang darah wanita mengikut mazhab Syafie.

PEREMPUAN sekarang tak tahu nak pilih yang mana antara Kotex/ Libresse/Intimate dan lain-lain tapi ramai sangat yang tak tahu hukum tentang darah wanita. Ni (ikut mazhab Syafie).

1. Haid
2. Istihadhoh
3. Nifas
4 Tolq

Jangan sampai, asal berdarah je 'tepek'. Biar tahu hukum. Pergi belajar!

HAID

Darah normal, keluar dari pangkal rahim wanita yang baligh dalam keadaan sihat tanpa apa-apa sebab pada waktu tertentu. Sekurang-kurang haid adalah sehari semalam (24jam), sepanjang-panjang haid adalah 15hari, 15 malam. Biasanya 6/7 hari.

HUKUM HAID

1) Haram dan tidak sah solat sama ada solat fardhu / sunat (termasuk solat jenazah) dan tidak perlu diqadha'

2) Haram dan tidak sah melakukan sujud tilawah

3) Haram dan tidak sah melakukan sujud syukur

4) Haram dan tidak sah melakukn tawaf sama ada tawaf fardhu /sunat

5) Haram dan tak sah puasa fardhu / sunat. Namun puasa Ramadhan wajib diqadha'

6) Haram iktikaf/duduk di dalam masjid

7) Haram masuk/lalu (tanpa berhenti/duduk) dalam masjid jika bimbang mengotori masjid

8) Haram membaca al-Quran dengan niat sebagai bacaan al-Quran

9) Haram menyentuh mushaf

10) Haram dan tak sah mandi wajib dan berwuduk sebelum darah berhenti (suci)

11) Haram disetubuhi suami walaupun berlapik

12) Haram digauli (berseronok-seronok) oleh suami antara pusat n lutut tanpa brlapik

13) Haram bagi suami menceraikan isteri ketika sedang haid. Namun talak tersebut jatuh/sah.

NIFAS 

Darah yang keluar lepas bersihnya rahim daripada kandungan iaitu darah yang keluar selepas bayi/kandungan keluar dengan sempurna (habis keluar), dengan syarat darah tersebut keluar sebelum berlalunya tempoh 15 hari suci selepas sesuatu kelahiran / keguguran.

Sekurang-kurang nifas adalah satu lahzah (sedetik), sebanyak-banyak nifas adalah 60 hari 60 malam dan kebiasaannya adalah 40 hari.

HUKUM NIFAS

Ulamak telah sepakat tentang hukum nifas adalah sama dengan semua hukum yang berkaitan haid.

ISTIHADHAH

Darah yang keluar bukan pada hari-hari haid dan nifas. Ia merupakan darah penyakit yang keluar melalui urat di hujung rahim yang dikenali sebagai 'azil. 

HUKUM

Darah istihadhoh tak mewajibkan mandi, wajib bersolat dan berpuasa. Perempuan istihadhah hendaklah melakukan perkara-perkara ini sekiranya nak solat iaitu,

1) Membasuh darah tersebut

2) Memakai lampin/pad dan seumpamanya

3) Bersegera untuk berwuduk. Disyaratkan wuduk tersebut dilakukan setiapkali solat fardhu, dilakukan selepas waktu solat itu masuk dan muwalat (berturut-turut)

4) Wajib segera bersolat selepas perkara-perkara di atas dilaksanakan.

TOLQ

Darah yang keluar semasa meneran atau bersama-sama kelahiran (termasuk air ketuban) iaitu sebelum bayi keluar sempurna dengan syarat darah tersebut tidak bersambung dengan darah haid yang sebelumnya.

HUKUM

Darah ini tak dianggap nifas tetap ia adalah darah kotor. Solat diwajibkan ke atasnya semasa meneran atau melahirkan anak iaitu sebelum bayi keluar sempurna sekalipun dirinya berdarah. Oleh itu, solat tersebut wajib diqadha' sekiranya tidak dapat mengerjakannya ketika itu.

Sumber: Elhumawy


August 13, 2018 at 01:32AM

Previous
Next Post »
0 Komentar