The Reporter
Apabila seorang bapa meninggal dunia, segala tugas menguruskan keluarga dipikul oleh anak lelaki atau seorang abang. Segala urusan ibu dan adik beradik lain perlu dititikberatkan sehingga menjadi wali kepada adik perempuan. Oleh kerana itu, kadangkala kita melihat apabila seorang abang mengambil alih tugas seorang bapa, abang bertukar perwatakan menjadi seorang yang tegas dan melindungi adik beradiknya.
Heboh ketika ini, status Kamazuki Junuh menjadi perhatian umum apabila dia menyelar tindakan seorang pemuda yang didakwa telah menipu adiknya. Lelaki terbabit dikatakan telah berpakat dengan ibunya menyatakan bahawa dia belum berkahwin. Adiknya dan lelaki itu telah melangsungkan pertunangan. Berdasarkan status di Facebook tersebut, Kamazuki begitu marah apabila mengetahui lelaki itu sudah pun berkahwin.
Bengang dengan perkhabaran itu, Kamazuki bertindak untuk menyebarkan status tersebut kepada umum.
SILAP besar kau henjut V-Tec kawasan taman perumahan kakak aku lepas kau bertunang dengan adik aku. Aku takde tapi ada orang sampaikan siap bagi nombor kereta. Aku sebenarnya malas ambil port tapi sebab kau dah buat harok tak ingat dunia nak juga aku tahu siapa bakal adik ipar aku.
Tak sampai sejam aku tahu siapa kau dan status kereta kau. Dengan adik orang lain kau bolehlah buat apa saja. Dengan adik aku tolong jangan.
Kalau kau nak kahwin dua, jumpa aku as a gentleman. Aku wali terdekat. Adik aku bukan sebatang kara kat JB ini. Cakap kat aku berapa duit kau ada, berapa biji rumah kau dah beli untuk bakal bini baru kau.
Yang aku marah bila kau menipu keluarga aku, conteng arang kat muka ahli keluarga aku. Mak aku naik bas dari Kelantan lah sial nak tengok anak bongsu dia bertunang. Menangis mak aku semalam bila tahu cerita sebenar.
Kau sanggup bersekongkol dengan mak kau sendiri mengaku bujang. Mak kau sendiri boleh turut datang ke majlis tanpa segan silu dan rasa bersalah. So aku nak tanya macam mana kau nak tebus balik maruah keluarga aku?
Aku publickan post ini supaya kawan-kawan Honda aku sampaikan kat kau. Aku tahu kau IC merah. Aku tahu nama sebenar kau di IC. Silap besar kau pilih mangsa. Aku cuma kesian tengok bini dan anak kau yang berusia setahun itu.
Aku ada telefon kau tadi dan kau tahu siapa aku. Aku nak tahu apa kau nak buat untuk tebus balik maruah keluarga aku? Nak settle cara macam mana? Panjang ke pendek? Kecil ke besar? Aku On jer. Yang pasti kau kena bayar kos keluarga aku buat majlis sambut rombongan kau dan jangan lupa tiket bas mak aku datang ke JB.
So kepada owner Civic FD2R WXW202 yang aku ada ramai mutual friends kat sini aku tunggu call kau jer ni. Kau memang buat malu budak Honda. Korang yang kenal dia boleh sampaikan. Post ni public.
Berdasarkan status terbaru di Facebook Kamazuki, dia menyatakan lelaki itu tidak pernah datang berjumpa dengannya walaupun sudah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan adiknya.
Setelah majlis pertunangan, isteri Kamazuki memberitahu lelaki itu memandu kereta seperti di Litar Sepang. Bermula dari situ, Kamazuki yang juga merupakan seorang pencinta Honda bertindak untuk menyiasat pemuda tersebut.
Sumber: Kamazuki Junuh
August 13, 2018 at 12:59AM
0 Komentar