'Kalau ada anak kita dalam perut, abang ikhlas belanja sebab tak sabar nak ada anak' - Isteri kongsi kisah arwah suami buat netizen sebak

November 21, 2017

The Reporter


Sebak rasa hati membaca kisah isteri bersama arwah suaminya. Hati mana yang tak tersentuh dengan kata-kata arwah suaminya yang begitu bermakna. Al-Fatihah untuk arwah Mohamad Fauzan. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

PERNAH dulu duit suami tinggal RM50, tetapi tekak saya teringin sangat nak makan durian. Durian Musang King pula harga RM55 sebiji, Minta kurang, dapatlah RM50. 

Masa itu, suami pun mengeluh juga, sebab duit habis, kan. Malam itu saya memohon maaf dan rasa bersalah sangat pada suami. Terus suami saya kata, 

"Kamu nak makan sangat durian tadi walaupun mahal. Kalau ada anak kita dalam perut, abang ikhlas belanja sebab abang tak sabar nak ada anak dan tak rugi beli," 

Keesokan harinya, saya periksa dan memang betullah saya mengandung. Alhamdulillah. Itulah kenangan kami. Rindu abang, itulah kenangan susah senang kita bersama. 

Masa itu sangat indah. Kami tiada apa-apa, suami cuma ada motosikal sahaja. Terlalu teruja nak makan, pergi mencari sampai betul-betul kena dengan selera. Sanggup merempit tengah-tengah malam nak mencari durian. 

Al-Fatihah buat abang Mohamad Fauzan. Semoga abang tenang di sana. (Arwah suami Nia meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya). 

Muhammad Ammar Al Fateh pembawa rezeki kepada kami dan arwah ayah adik. Walaupun ayahnya pergi semasa dia berusia satu tahun enam bulan (sekarang 3 tahun),  dia tak pernah melupakan arwah ayahnya. Itulah harta yang arwah tinggalkan buat saya, yang tak ternilai harganya. 

Muhammad Ammar Al Fateh lah tempat saya melepas rindu saya pada suami. Allah ambil ayahnya dan Allah gantikan dia 100% sama seperti arwah ayahya, muka ayah, segalanya ayah. Allah itu adil. 

Tiga tahun Allah pinjamkan suami. Alhamdulillah pernah merasai susah senang jatuh bangun bersama. Selagi ada pasangan cipta kenangan bersama, cipta kenangan yang indah. Bila tiada hanya kenangan lepas rindu kita padanya. 




Walaupun tiada ayah di sisi anak, Alhamdulillah kami bahagia. Bahagia kami di dunia ini inshaAllah bahagia arwah di sana. Cuma alam saja yang berbeza. 

Bila orang lain yang melalui apa yang kita lalui, pasti mereka akan faham dan tiada istilah tiada redha dalam diri. Allah sebaik-baik perancang. 

Sumber: Nia Hashim


November 21, 2017 at 12:34PM

Previous
Next Post »
0 Komentar