The Reporter
Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri esok, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan notis tidak membenarkan semua premis perniagaan daripada beroperasi di hari pertama perayaan tersebut.
Yang Dipertua MKPB-BRI, Rosnazli Amin berkata, notis penutupan itu dikeluarkan berdasarkan keputusan pihak berkuasa ngeri Kelantan dan MPKB-BRI.
"Semua pengusaha premis perniagaan, pasaraya besar (hypermarket), pasaraya (supermarket), kedai serbaneka dan restoran makanan segera TIDAK DIBENAR menjalankan operasi perniagaan pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
"Pihak pengusaha dan pemilik premis tersebut di atas diingatkan supaya mematuhi arahan dan menutup operasi perniagaan pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
"Mana-mana pemilik/pengusaha masih gagal/ingkar/cuai untuk mematuhi notis ini, pihak Majlis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kompaun maksima sehingga RM1,000.
"Selain tindakan pendakwaan yang boleh dihukum penjara selama tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
"Majlis juga boleh membatalkan lesen dan mengambil tindakan lain yang sesuai selaras dengan undang-undang," katanya.
April 21, 2023 at 01:20PM
0 Komentar