'Saya & Yana Samsudin masih lagi berbincang' - Aliff Syukri memilih untuk berdiam, enggan ulas kes pasu RM400K pecah

April 16, 2023

The Reporter



Ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, sebentar tadi memohon maaf kepada media kerana enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insidennya dengan pasangan selebriti, Fadzil Zahari dan Yana Samsudin. 


Beliau berkata, pihaknya masih dalam proses perbincangan bersama Yana untuk menyelesaikan masalah tersebut dan hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas kedua-duanya memperolehi keputusan. 



"Saya memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu daripada memberi kenyataan kepada pihak media. Saya faham rakan media amat prihatin terhadap isu video viral antara saya dan Yana. 


"Pihak saya dan dia masih lagi dalam proses perbincangan. Kenyataan penuh akan saya berikan esok petang di Instagram dan TIkTok saya. Diharapkan semua rakan media dapat bersabar. Jika ada sebarang kekhilafan pada mana-mana pihak, saya memohon maaf terlebih dahulu," katanya menerusi kenyataan di Instagram sejam yang lalu. 



Terdahulu, Aliff dilaporkan mengamuk kerana bengang dengan Yana yang didakwa telah memecahkan pasu bernilai RM400,000 yang dibeli dari China. 


Fadzil bagaimanapun menjelaskan isterinya tidak menyentuh pasu tersebut, apatah lagi menjatuhkannya. Walaupun begitu, Aliff mempersoalkan jika Yana tidak menjatuhkan pasu itu, kenapa Yana tidak menyambut pasu tersebut daripada terjatuh. 


Sumber: IG Aliff Syukri, IG Alif Farhan



April 16, 2023 at 12:45PM

Previous
Next Post »
0 Komentar