'Saya suka lelaki kelakar, penyayang & minat perniagaan' - Nadia Brian tak tolak kemungkinan lelaki takut mendekatinya kerana anggap dirinya jenis 'high maintenance'

April 26, 2023

The Reporter



Tiga tahun hidup bersendirian, pelakon Nadia Brian tidak menolak kemungkinan bahawa kaum lelaki enggan mendekatinya kerana dia bekerjaya dan 'high maintenance'.


Selain itu, Nadia, 31, juga selalu sibuk dengan komitmennya sebagai pelakon dan perniagaan sedikit sebanyak mempengaruhi hubungannya dengan mana-mana-mana lelaki ketika ini. 


Tetapi bagi Nadia atau nama sebenar, Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkata, perkara-perkara itu tidak wajar dijadikan sebagai punca untuk lelaki tidak berani meluahkan perasaan terhadapnya. Sebaliknya mereka harus memandang positif bahawa Nadia mampu berdikari dan menjana pendapatannya sendiri. 


"Mungkin lelaki takut mendekati saya kerana lihat saya berkerjaya atau 'high maintenance'. Di mata mereka saya boleh buat segala perkara tetapi tidak mengapa, saya bukan sejenis yang hanya berharap kepada lelaki sekiranya ada pasangan nanti. 


"Mungkin itu persepsi mereka. Janganlah takut atau bagi alasan, sebaliknya berasa beruntung saya tidak akan menyusahkan sesiapa," katanya memetik laporan dari Kosmo! Online. 


Jelas Nadia, dia berkeinginan untuk mendapatkan pasangan yang mempunyai minat yang sama dengannya dan sudah tentu lelaki itu seorang penyayang dan kelakar orangnya. 


"Semestinya saya mahukan seseorang yang memahami saya sebagai bakal isteri dia. Saya bukan hanya seorang pelakon, tetapi seorang usahawan. Dia sebagai peneman hidup perlu faham kerjaya saya sangat sibuk, lebih seronok jika dia ada minat yang sama dengan saya. 


"Selain itu, saya juga minat lelaki yang penyayang dan kelakar. Dapat lelaki kelakar, boleh buat saya gelak dan tidak stres," katanya. 


Nadia sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan. Namun rumah tangga itu tidak bertahan dan mereka mengambil keputusan untuk berpisah selepas setahun kemudian. 


Sumber: Kosmo! Online



April 26, 2023 at 10:36AM

Previous
Next Post »
0 Komentar