'Saya ampunkan segala apa dia telah buat pada saya tetapi nak rapat macam dulu, mungkin tidak' - Watie Elite

April 24, 2023

The Reporter



10 Mac 2015, mahkamah telah memerintah penyanyi dan pelakon, Watie Sadali, untuk membayar saman yang difailkan oleh bekas penyanyi kumpulan Elite, Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, sebanyak RM796,000 kerana gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan nama Hana untuk membeli kenderaan Toyota Wish. 


Mahkamah memerintah Watie membayar RM2,000 secara bulanan terhadap Hana sejak Disember 2022, bagi melangsaikan tuntutan saman tersebut.


Menurut Hnaa, dia membuat pinjaman tersebut pada September 2005 bagi pihak Watie atau nama sebenarnya, Norwati Sadali, sebanyak RM150,000 kerana Watie tidak layak membuat pinjaman. 


Malangnya, Watie tidak mengotakan janjinya untuk membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis. 


Terkini dalam kenyataan kepada mStar Online, Watie mengambil pendirian untuk tidak lagi memanjangkan isu tersebut dan memaafkan Hana. 


Bagaimanapun, Watie menjelaskan adalah mustahil untuk dia kembali rapat dengan Hana selepas insiden tersebut. Pernah terdetik di hatinya untuk bertemu dengan Hana pada awal kontroversi itu berlaku. Tetapi niat itu dipadamkan dan melihat perkara itu semakin berlarutan, dia memilih untuk tidak berbuat demikian.


"Saya ampunkan segala apa yang telah dia buat pada saya. Namun nak rapat seperti dahulu mungkin tidak. Saya pun sekarang lebih berhati-hati dalam memilih kawan rapat," katanya memetik laporan daripada mStar Online


Bagi Watie, adalah lebih baik dia berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut kerana merasakan dirinya berada di pihak yang benar. 


Apa yang dilakukannya kini hanyalah mengikut kehendak Hana dan jika perkara itu tidak diselesaikan, hatinya tidak akan tenang. 


Watie menjelaskan, dia berdiam diri selama ini bukanlah bermakna dirinya salah. Tetapi suami dan peguamnya ada menasihatkan untuk tidak memanjangkan isu tersebut. 


"Saya juga tak mahu isu ini terus menjadi bualan ramai dan boleh menghantui hidup keluarga terutamanya anak saya," katanya. 


Sumber: mStar Online



April 24, 2023 at 10:54AM

Previous
Next Post »
0 Komentar