'Kitorang dah keluarkan modal & sekarang suruh tunggu apa? Ingat kami pengemis?!' - Sekumpulan peniaga berang kerana telah discam oleh Boy Iman

April 19, 2023

The Reporter



Bermacam taktik yang digunakan oleh individu untuk mengaut keuntungan. Penipuan yang dilakukan secara halus itu telah mengaburi ramai pihak. 


Nama Boy Iman tidak asing lagi dalam sindiket penipuan. Terdahulu, Boy Iman dikaitkan dengan penipuan perumahan yang merugikan ramai pemohon. Tidak serik dengan skim tersebut, namanya terpalit lagi dalam satu penganjuran besar di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.


Program jualan raya yang diberi nama Hooray x Fest Raya itu yang bakal berlangsung pada 19 April sehingga 21 Aril 2023 telah dibatalkan pada saat akhir. Menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh Pengurus Hal Ehwal Awam WTCKL, Hadi Wahab pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan dan menyatakan pihaknya tidak bertanggungjawab di atas sebarang bentuk kerugian.


"Pihak WTCKL tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung. Hal ini kerana WTCKL hanya merupakan venue provider sahaja dan tidak terlibat dalam pengurusan yang dikendalikan oleh TENVIEW (M) SDN BHD," katanya.


Susulan dengan pengumuman itu, timbul sedikit kekecohan dan peniaga mula menuntut hak mereka kepada penganjur.


"You tahu tak kita dah keluarkan modal semua, you faham tak? Suruh tunggu apa, ingat kami pengemis? Tak fikir ke orang semua jauh-jauh datang," kata salah seorang peniaga yang kemudiannya ditenangkan oleh peniaga lain.


@haffizwahab24

Boy Iman Scam Event PWTC. x habis2 buat hal Boy Iman ni😂🤣

♬ original sound - Haffiz Wahab581


Apabila situasi menjadi semakin tegang, penganjur mula mengumumkan Boy Iman merupakan individu yang terlibat di sebalik penganjuran ini. Sebaik saja mendengar nama itu, para peniaga bertambah berang. Penganjur juga menyalahkan peniaga kerana tidak bertanyakan dahulu mengenai perkara itu.


"Woi, lembu la," kata salah seorang peniaga.


"Kenapa tak cakap awal-awal, bukan senang nak cari duit," soal peniaga wanita pula.


@zainieramlie Event kedua saya kena scam fisrt hari tu kaloot 13-17/4/2023 nie pulak Hoorrey haram kt wtc 17-20 #fyptiktok #fyforyoupage #trendtiktok #raya2023 #viralraya2023 #fypfor #bazarraya2023 #raya #tiktokmalaysia #sampinraya2023 #megarayasale2023 #fyp #scammer ♬ Musik Fyp - N.I.A


Siang tadi pula dikhabarkan pihak penganjur akan memulangkan kembali wang kepada peniaga yang terlibat. Melalui satu siaran langsung yang dikongsikan oleh seorang peniaga, kelihatan Yusoff Azmi bersama para peniaga telah berunding dengan pihak penganjur dan wakil Boy Iman. Wakil Boy Iman dan Yusoff Azmi sendiri dikatakan telah beberapa kali cuba menghubungi Boy Iman, namun panggilan tidak dijawab. 


Difahamkan, para peniaga hanya mengetahui pembatalan program tersebut melalui WhatsApp group.


Menurut peniaga ini, mereka sendiri tidak mengetahui Boy Iman terlibat sama dalam penganjuran ini. Penganjur dikatakan menawarkan harga dengan lebih murah. Pada mulanya dia ragu-ragu untuk menyertai program ini, namun memikirkan kemungkinan harga yang ditawarkan itu disebabkan oleh kurang mendapat sambutan pengunjung.


Sumber: TikTok Nawalnaira, Rakyat Insight, twtbiy



April 19, 2023 at 01:11PM

Previous
Next Post »
0 Komentar