Lelaki masukkan belut hidup dalam dubur untuk rawat masalah sembelit, tetapi gagal & ususnya berlubang dikerjakan belut

March 01, 2023

The Reporter



Seorang lelaki di Poland memasukkan belut hidup ke dalam duburnya untuk merawat sembelit. Tetapi haiwan itu kemudian 'menebuk' lubang pada ususnya menyebabkan mangsa terpaksa pergi ke hospital untuk mengeluarkan haiwan tersebut. 


Doktor mengesahkan lubang bersaiz tiga sentimeter dikesan pada usus lelaki itu disebabkan belut berkenaan cuba mencari jalan keluar. 


Lelaki itu berbuat demikian kerana percaya dengan kaedah rawatan lama yang kononnya belut boleh membantu menangani masalah kesukaran membuang air besar. 


Mangsa kemudian membawa dirinya ke hospital dan doktor mendapati dia mengalami peritonitis iaitu kemerahan dan keradangan pada lapisan perut. 


Dia kemudian mengakui telah memasukkan belut hidup ke dalam dubur bagi merawat masalah sembelitnya. 




"Belut itu melakukan segala yang termampu untuk keluar dari duburnya. Akibatnya, saluran penghadaman pesakit ditembus," memetik laporan dari portal tempatan. 


Beberapa hari kemudian, pesakit dibenarkan keluar dari hospital dan dibekalkan beg stoma. 


Kejadian yang sama pernah berlaku di China di mana seorang lelaki memasukkan belut sepanjang 20 sentimeter ke dalam duburnya pada Julai 2021. 


Bagaimanapun, haiwan itu meronta dan menembusi ususnya dan masuk ke dalam perut yang hampir menyebabkan mangsa kehilangan nyawa. Semasa dikeluarkan, belut tersebut masih hidup.


Sumber: Daily Star



March 02, 2023 at 01:06AM

Previous
Next Post »
0 Komentar