'Ini masalah keluarga, jangan masuk campur atau berhadapan dengan tindakan undang-undang' - Musa Hassan

March 07, 2023

The Reporter



Susulan tular video bekas pegawai kanan tertinggi Polis yang bergaduh dengan isteri keduanya, Tan Sri Musa Hassan tampil meminta orang ramai tidak mencampuri urusan keluarganya. 


Dalam satu ciapan yang dimuat naik di Twitternya pada jam 6.21 petang Selasa, 7 Mac 2023, Musa turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu atau berdepan dengan tindakan undang-undang. 


"Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang. 


Terdahulu warga maya dikejutkan dengan video tular yang menunjukkan pergaduhan pasangan terbabit di hadapan seorang kanak-kanak lelaki, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Berdasarkan laporan Harian Metro pada awal bulan Mac, pergaduhan itu dipercayai berkaitan dengan isu harta dan nafkah. 


Kedua-duanya dikatakan telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Twitter Musa Hassan



March 07, 2023 at 02:45PM

Previous
Next Post »
0 Komentar