The Reporter
Seorang pemimpin PAS diselar banyak pihak di media sosial kerana menyamakan wanita dengan barang dalam responnya berhubung isu seorang wanita tidak dibenarkan masuk ke balai polis kerana tidak berpakaian sopan.
Dalam ciapan yang dimuat naik pada 6 Februari lalu, Dr Azman Ibrahim berkata, "Barang mahal bernilai tinggi akan dibungkus comel dan kemas. Kaedah pembungkusan memainkan peranan penting dalam aspek pemasaran.
"Kalau main jual terdedah tepi jalan, itu barang tiruan harga murah."
Barang mahal bernilai tinggi akan dibungkus comel dan kemas. Kaedah pembungkusan memainkan peranan penting dalam aspek pemasaran. Kalu main jual terdedah tepi jalan, itu barang tiruan harga murah. pic.twitter.com/BZZUhUkSMU
— Dr Azman Ibrahim (@Dr_AzmanIbrahim) February 6, 2023
Terdahulu, seorang wanita didakwa melakukan provokasi terhadap anggota bertugas di sebuah balai kerana tidak membenarkannya masuk untuk membuat laporan kemalangan atas sebab pakaian yang dipakai tidak sopan.
Isu itu mendapat banyak perhatian ramai yang berpendapat pihak berkuasa sepatutnya melihat pada isu yang hendak dibawakan kerana mereka memerlukan bantuan, bukannya menilai penampilan seseorang yang datang ke balai.
Netizen berpendapat, adalah tidak wajar pemimpin PAS menyamakan wanita dengan barang dan perbuatannya itu adalah amat menjijikkan.
"Apa rasionalnya Dr Azman Ibrahim memuat naik kenyataan itu yang menyebut mengenai pembungkusan, pemasaran, harga murah, barang dan sebagainya? Adakah setakat itu sahaja level (minda) dan kualiti pemimpin-pemimpin PAS?
"Di mana parti itu kononnya berlandaskan agama Islam tetapi pemimpinnya hanya memandang wanita itu sebagai objek?" kata Ariana.
Begitu rendah martabat wanita di kaca mata pemimpin PAS. Hentikan sikap prejudis dan diskriminasi terhadap wanita. Be better. https://t.co/n25xykJxnH pic.twitter.com/42n06pI9EQ
— Ariana (@farahariana) February 7, 2023
Isu berkenaan turut menarik perhatian pemimpin UMNO, Lokman Noor Adam yang membuat teguran terhadap pemimpin PAS berkenaan.
"Balai polis ke, hospital atau mana-mana kawasan yang berpotensi dikunjungi rakyat yang dalam kecemasan, kenalah ada budi bicara sikit.
"Takkan mangsa yang baru kena rogol nak buat laporan polis, kita halau balik dan suruh dia tukar pakaian dulu? Sudahlah mangsa berada dalam keadaan trauma, kalau disuruh balik ada yang tukar fikiran nak membunuh diri macam mana?
"Permudahkan, kalau nak semua pakai sopan, guna kaedah yang sama bagaimana masjid menerima kunjungan pelancong asing yang seksi. Sediakan jubah dan selendang.
"Jangan tambah bebanan kepada mangsa. Jangan buat mangsa merasakan dunia ini tidak adil bagi mereka," katanya.
Bagaimanapun, Dr Azman yang juga Exco Terengganu tampil mempertahankan kenyataannya itu dan menjelaskan ciapan tersebut hanyalah sekadar kiasan. Malah dia menganggap mana-mana individu atau pihak yang mengkritik ciapannya itu sebagai tidak memahami peribahasa, perumpamaan dan analogi.
"Bagai anjing dengan bayang-bayang, maknanya orang yang tamak. Bukan kata awak anjing. Bagai anjing menyalak bukit, maknanya kerja yang tak memberi kesan, bukannya kata awak anjing," katanya memberi contoh.
Sekiranya berpakaian dedah sana sini adalah lambang kemajuan dan kemodenan maka ada makhluk Allah lain yang dah lama lebih maju dan moden. pic.twitter.com/Rd5325A0WT
— Dr Azman Ibrahim (@Dr_AzmanIbrahim) February 7, 2023
"Sekiranya berpakaian dedah sana sini adalah lambang kemajuan dan kemodenan, maka ada makhluk Allah lain yang dah lama lebih maju dan moden.
"Isu begini kena katok (kritik) keras sikit. Kereta kemek accident, sapu dengan kertas tisu tak jadi. Ia bukan campur hak peribadi.
"Masa duduk di rumah sendiri itu hak peribadi. Bila keluar ke tempat awam, ada hak masyarakat lain yang perlu dihormati. Sebab itu negara perlu ada undang-undang dan etika. Ada kesopanan dan kesusilaan," ujarnya.
Penjelasan sudah dibuat, tetapi netizen tetap membidas Dr Azman Ibrahim semula yang dikatakan tidak pernah membuat teguran yang sama terhadap penyokong Perikatan Nasional. Lebih teruk lagi, netizen mentafsirkan Dr Azman Ibrahim menyamakan wanita dengan lembu.
"Nak samakan perempuan tak tutup aurat dengan lembu pulak? Ini ke cara dakwah yang Islam ajar? Makin tertarik ke non-mulsim pada Islam kalau disamakan dengan lembu? Guna akal la YB. Jangan nak tunjuk terpaling alim, Islam sampai sanggup samakan orang tak tutup aurat dengan lembu," kata Rayyan.
"Dah kau samakan manusia dengan lembu, apa kejadahnya?!" kata Casket.
Macam ni okey la kannnn.. sikit2 bole la. pic.twitter.com/XPalBZeW4t
— KFAW (@Kfaidzallastone) February 7, 2023
Mana suara lembu ni waktu ade video2 ni? Sibuk ddk melancap ke Dr Azman aka SAMPAH? pic.twitter.com/NSgUWFtuhk
— HeadsUp (@HeadsUp93) February 7, 2023
Lambang kemajuan oleh walaun PAS. pic.twitter.com/JSl5MueQnn
— MAS (@Muhdazha15) February 7, 2023
Sumber: MalaysiaKini, Twitter Dr Azman Ibrahim
February 08, 2023 at 01:53AM
0 Komentar