'Ambillah (gaji) kalau nak, apa nak malu-malu?' - Sanusi risau Nurul Izzah tak makan sebab kerja tanpa gaji

February 01, 2023

The Reporter



Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah, sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan tanpa gaji sebagai satu perkara yang luar biasa. 


Beliau bagaimanapun berpendapat, bekerja tanpa 'balasan' itu dilihat akan mendatangkan kesukaran untuk Nurul Izzah untuk membiayai keperluan dirinya. 


"Ambillah (gaji) kalau nak, apa nak malu-malu? Dah lantik anak, dia rasa malu tak ambil gaji. Takkan macam tu, nak makan apa?" katanya. 


Bagi Sansusi, Nurul Izzah sepatutnya menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbanding menjadi penasihat kanan kerajaan kerana jawatan itu tidak mendatangkan sebarang bayaran. 


"Kalau dia (Nurul Izzah) tak ambil gaji, perjawatan dia macam khidmat sosial pula. Lebih baik dia pergi buat kerja badan bukan kerajaan (NGO) sebab kerja NGO tak dapat bayaran," katanya. 


Katanya, seseorang individu yang dilantik ke jawatan kanan dalam kerajaan sepatutnya tertakluk kepada skim perkhidmatan sedia ada dengan kadar bayaran gaji serta elaun tertentu bagi memastikan individu terbabit tertakluk kepada ikatan undang-undang. 


"Saya rasa tak ada perjawatan seperti itu (jawatan bekerja tanpa gaji), perjawatan itu apabila buat perkhidmatan, maka ada bayaran. Kalau perkhidmatan diberi, bayaran tak ada maka itu bukan pekerjaan. 


"Setiap pegawai kerajaan yang dilantik dalam skim perkhidmatan perlu ada skim saraan, setiap pegawai ada ikatan undang-undang supaya setiap kerja dan pandangannya tertakluk kepada undang-undang serta berkuatkuasa kepada kerajaan," katanya. 


Sumber: MalaysiaKini, Harakah Daily, Berita Harian Online



February 02, 2023 at 01:11AM

Previous
Next Post »
0 Komentar