The Reporter
Isu mengenai dakwaan beberapa pihak terhadap selebriti Aeril Zafrel kononnya telah dibayar untuk menghasut rakyat untuk menyokong parti Perikatan Nasional (PN), masih hangat diperkatakan. Walaupun Aeril telah memberikan amaran dan meminta beberapa individu terbabit membuat permohonan maaf, namun amaran itu langsung tidak diendahkan.
Kesal dengan apa yang berlaku, Aeril melalui kenyataan di Twitter tampil mencabar penama-penama akaun Twitter berkenaan untuk membuat laporan kepada pihak polis dan SPRM sekiranya merasakan diri mereka berada di pihak yang benar.
"Final. Ini bebenang. Cabaran terbuka pada mereka di gambar yang disertakan ini. Sementara proses memdapatkan ip address korang sedang dibuat, apa kata kalau korang benar, buatlah tuduhan atau fitnah pada saya dengan sejelasnya dan report polis serta SPRM?
"Tapi jangan lupa bawa bukti yang boleh mendukung pertuduhan korang tu. Nak mudahkan kerja saya, kalau berani lah, DM saya nama penuh dan alamat korang. Kalau boleh, bagi number phone sekali," tulisnya.
Aeril menjelaskan, dia berbuat demikian kerana mahu memberi pengajaran kepada pihak berkenaan dan juga kepada yang lain untuk tidak mengulangi perbuatan itu.
"Cepat sikit prosesnya. Tak sabar nak jumpa korang ni. Walaupun sepatutnya aku tak perlu layan sangat korang ni, jika ditinjau dari sudut followers. Tapi aku layan juga untuk raikan kebiadapan korang.
"Korang nak aku buktikan kenyataan aku? No problem, jumpa di mahkamah. Di dalam sana boleh sembang lebih sikit," katanya.
Dalam masa yang sama, Aeril menuntut mereka membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam dan memadam hantaran fitnah berkenaan.
"Aku jamin korang akan dapat juga saman aku. Tapi aku bagi tempoh 24 jam pada korang untuk buat permohonan maaf terbuka dan delete post berkaitan.
"Kalau ikut law aku boleh saja tuntut nanti ganti rugi pada korang secara kiraan mudah RM10 x 490k dan belum campur yang lain lagi.
"Supaya situasi 'makan tak abis' tak berlaku kat korang adalah lebih baik berkelakuan matang dalam berfikir dan bertindak. Aku harap korang tak berdegil dan tidak pula menyesal kelak dengan kedegilan diri sendiri.
"Pada yang lain dan baru mahu menyentuh fitnah dan tuduhan sama, saya sarankan supaya dibuat sejelas mungkin dituju pada aku dan isteri. Senanglah sikit nak proceed nanti.
"Tindakan yang bakal aku buat ini atas kapasiti peribadi dan isteri yang dipalit dengan tuduhan dusta dan fitnah ini sahaja," ujarnya.
Aeril juga menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan tidak mewakili mana-mana parti politik.
"Ianya tidak mencerminkan mewakili parti politik berkaitan. Semoga yang lain matang dalam berpolitik," katanya.
Sementara itu beberapa individu yang dinamakan itu tampil menyahut cabaran Aeril dan memintanya meneruskan tindakan saman agar semua pertuduhan itu kelak akan dapat diketahui di mahkamah kelak sama ada benar atau tidak.
Sumber: Aeril Zafrel
February 03, 2023 at 02:07PM
0 Komentar