The Reporter
Seorang wanita bertindak melondeh dan memukul pelacur selama lima minit selepas dia didapati melakukan hubungan seks dengan suaminya.
Difahamkan, wanita berkenaan sebelum itu ternampak gambar suami bersama pelacur itu di dalam telefon bimbit dan mula melakukan siasatan.
Dia kemudian mengekori suaminya sehingga ke sebuah rumah urut di Phuket, Thailand. Sebaik saja suaminya meninggalkan premis itu, si isteri masuk dan berdepan dengan pelacur terbabit.
Dia bertindak melondehkan tuala menyebabkan pelacur itu bogel sepenuhnya, sebelum ditampar bagaikan tiada hari esok selama lima minit sambil disaksikan oleh rakan pekerja seks itu.
Berdasarkan video yang tular di media sosial menunjukkan, si isteri berdiri di hadapan pelacur itu dan cuba merampas telefon bimbitnya. Biarpun wanita muda itu berulang kali meminta maaf dan mengakui menyesal, rayuannya tidak diendahkan.
"Saya tak tahu dia ada isteri. Saya akan berhenti berjumpa dengannya," katanya.
Menurut sumber, pekerja seks di premis itu menawarkan perkhidmatan RM250 per jam dan dalam video tular itu turut menampakkan pelbagai peralatan seks di belakangnya.
Sementara itu, Kolonel Balai Polis Wilayah Mueang Phuket, Sarawut Chuprasit berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti lokasi sebenar kejadian.
"Setakat ini tiada sebarang laporan diterima, tetapi saya menggesa mangsa membuat laporan kepada polis dan kami akan menjalankan siasatan segera.
"Serangan itu adalah satu kesalahan jenayah dan mangsa boleh melaporkannya kepada polis. Adalah tidak boleh diterima di mana wanita itu dibogelkan dan disaksikan oleh beberapa individu lain," katanya.
Sumber: Daily Star
January 31, 2023 at 01:12AM
0 Komentar