'UMNO tak perlu jadi peminta sedekah, Zahid perlu letak jawatan' - Annuar Musa bantah BN sertai PH

November 21, 2022

The Reporter



Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa Barisan Nasional (BN) berhenti menjadi peminta sedekah kepada mana-mana gabungan parti politik untuk membentuk kerajaan baharu. 


Beliau berkata, BN sebaliknya perlu bersikap lebih bermaruah dan kekal menjadi pembangkang di Parlimen. 


"Rakyat tak beri mandat, kita sedia berikan peranan sebagai pebangkang. Biarlah kami teruskan jadi pembangkang dan siapa nak buat kerajaan, teruskan. 


"UMNO tak perlu menjadi peminta sedekah kepada sesiapa. Kalau kita masuk sebagai minoriti (bilangan kecil) dalam mana-mana, kecuali mereka nak ajak kita bergabung (di mana) PM-nya adalah daripada UMNO, PH atau PN nak tawarkan PM (daripada) UMNO, kami mungkin akan sokong," katanya. 


Annuar berkata demikian ketika sidang media bersama sekumpulan ketua bahagian dan pemimpin akar umbi UMNO di bangunan WTC petang tadi. 


Dalam pada itu, Annuar bersama kumpulan berkenaan turut menggesa Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan strategi PRU15 Zahid yang menyebabkan UMNO mengalami kekalahan teruk. 


"Kekalahan parti disebabkan presiden kuasai parti. Zahid satu liabiliti kepada UMNO. Zahid kena terima keputusan rakyat yang rakyat sudah menolak Zahid. 


"Tindakan Zahid bergabung dengan PH akan mematikan perjuangan UMNO yang bermati-matian menolak PH dan DAP," katanya. 


Sumber: MalaysiaKini



November 21, 2022 at 12:42PM

Previous
Next Post »
0 Komentar