'Saya pemilik Myvi ALX 6996 ingin memohon maaf'

November 29, 2022

The Reporter



Susulan tular video seorang pemandu Myvi meludah kereta orang lain hanya kerana bengang tak diberi ruang untuk keluar, individu berkenaan tampil memohon maaf di atas perbuatannya. 


"Saya pemilik Myvi berwarna biru ALX 6996, memohon maaf atas kesalahan saya yang melakukan 'roadbully' atau kekasaran atas jalan raya. Saya mengaku telah melampaui batas dan membahayakan orang di sekeliling," katanya. dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook Group DashCam Owners Malaysia. 


Menurut Haria Malek, dia menerima banyak mesej di aplikasi WhatsApp dan akaun media sosialnya dari ramai individu yang tidak dikenali membuat ugutan terhadapnya, sejak video itu ditularkan. 


"WhatsApp dan (akaun) media sosial peribadi saya telah menerima pelbagai ugutan dari orang yang tidak dikenali mengugut untuk mengganggu keselamatan saya," katanya. 


Bimbang dengan keselamatan diri, Haria telah merekod semua ID yang membuat gangguan terhadapnya untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya. 


Haria juga telah menghubungi pemilik video dashcam berkenaan, tetapi dia masih belum menerima sebarang maklum balas. 


Terdahulu tular di media sosial seorang pemandu Myvi dilaporkan meludah  sebuah kenderaan lain hanya kerana bengang tidak diberi laluan semasa mahu keluar dari persimpangan. 


Tindakan pemandu Myvi terbabit mengundang kecaman netizen yang menyifatkan perbuatannya itu tidak wajar dilakukan kerana bukan sahaja boleh membahayakan diri, malah membahayakan pengguna jalan raya lain. 


LAPORAN BERKAITAN 


Sumber: Haria Malek



November 30, 2022 at 02:24AM

Previous
Next Post »
0 Komentar