'No Anwar, No DAP!' - Hishamuddin rela dipecat dari bekerjasama dengan PH

November 20, 2022

The Reporter

Suatu ketika dahulu, Hishamuddin dengan Anwar Ibrahim | Foto Malaysia Gazette


Bendahari Agung Barisan Nasional (BN)Hishammuddin Tun Hussein kekal dengan pendiriannya menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).


“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi - tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.


“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.


No Anwar, No DAP - pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya menerusi catatan di Facebook,


Hishammuddin yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong menerusi catatan di laman sosial Facebooknya semalam menyatakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan PH.


Hari ini Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata kenyataan mana-mana gabungan yang memasukkan BN bersama mereka bagi menubuhkan kerajaan adalah tidak benar.


Sumber: Bernama



November 21, 2022 at 06:30AM

Previous
Next Post »
0 Komentar