Lelaki rogol anak tiri 2 kali dalam tandas, dipenjara 19 tahun 20 sebatan

November 17, 2022

The Reporter



Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan 20 sebatan terhadap seorang pemandu lori atas kesalahan merogol anak tirinya. 


Tertuduh berusia 30 tahun itu membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Nooriah Osman. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa semasa berusia 11 tahun di dalam tandas dalam kejadian jam 3 pagi, Oktober 2021 di sebuah rumah di Marang.


Tertuduh kemudian mengulangi perbuatan yang sama di lokasi yang sama pada waktu yang sama terhadap mangsa yang sama pada Oktober 2022. 


Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, serta sebatan tidak kurang 10 sebatan. 


Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara 11 tahun dan 10 sebatan dan untuk pertuduhan kedua, tertuduh dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan. 


Hakim Nooriah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu secara berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 12 November 2022. 


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


Sumber: Harian Metro



November 17, 2022 at 07:56AM

Previous
Next Post »
0 Komentar