Calon-calon PKR isytihar harta hanya sekadar gimik politik untuk raih undi rakyat - Muhyiddin Yassin

November 14, 2022

The Reporter



Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan PKR mewajibkan calonnya mengisytiharkan harta pada musim PRU15 adalah sekadar gimik politik sahaja. 


Sedangkan katanya, ada cara yang betul untuk mengisytiharkan harta seseorang dan dia telah berbuat demikian semasa menjadi menteri dan perdana menteri. 


"Sebagai Menteri, ia wajib. Tetapi selain itu, ia hanyalah gimik politik yang cuba mendakwa calon itu miskin dan pengundi harus mengundi orang itu," katanya. 


Sementara itu, Muhyiddin juga menegaskan tindakan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) sehingga menyebabkan negara mengalami masalah, dia tampil untuk menyelamatkan keadaan walaupun dirinya digelar sebagai pengkhianat oleh pemimpin PH. 


"Kami meninggalkan PH menyebabkan kerajaan tumbang. Mereka mahu memanggil saya pengkhianat, biarlah tetapi saya tidak mengkhianati bangsa, agama dan negara saya," katanya. 


Ketika bersama PH, Muhyiddin mengakui mereka menerima tekanan dari DAP yang mahu kerajaan pada masa itu menangkis Akta Hasutan di mana akta tersebut melindungi Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara serta hak orang Melayu dan Bahasa Melayu," katanya. 


Sumber: Harian Metro



November 14, 2022 at 08:38AM

Previous
Next Post »
0 Komentar